web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramalan Hujan, Ribut Petir Sepanjang Hari Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 7:40PM

MetMalaysia memaklumkan, hujan diramalkan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala di Sabah melibatkan pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan pada sebelah pagi - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepanjang hari esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hujan diramalkan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala di Sabah melibatkan pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan pada sebelah pagi.

Cuaca juga diramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, Pantai Barat Sabah dan di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit.

Di Semenanjung, ribut petir diramalkan pada sebelah petang di beberapa tempat di seluruh negeri manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Di Sarawak ribut petir turut melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, pada sebelah petang.

Pada sebelah malam, ribut petir diramalkan di beberapa tempat di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman dan Labuan.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pula pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan