web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Simpan Makanan Tahan Lama, Persediaan Hadapi Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dengan musim tengkujuh dijangka melanda negara pada akhir tahun ini, orang ramai seharusnya menjangkakan keadaan lebih buruk termasuk paras air meningkat dan kemungkinan terperangkap sama ada di rumah sendiri atau di tempat tinggi, kerana kawasan perumahan dinaiki air.

Sehubungan itu, isi rumah yang terdedah dengan banjir harus membuat persediaan untuk menghadapi perkara yang tidak dapat dielakkan dan sekurang-kurangnya menyimpan stok minimum produk makanan tahan lama, mudah dimasak dan peralatan mudah alih bagi menyediakan hidangan ringkas boleh dinikmati seisi keluarga.

Jika tidak, isi rumah yang tidak bersedia mungkin menghadapi kekurangan zat makanan, terutamanya jika terdapat kanak-kanak atau warga emas yang mudah dijangkiti penyakit sekiranya tidak mendapat zat harian mencukupi.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk senarai barangan runcit mesra dompet, seimbang dan tahan lama yang boleh disimpan oleh isi rumah sekiranya mereka terperangkap dalam banjir dan operasi menyelamat mungkin mengambil sedikit masa.

Makanan penambah tenaga:

Karbohidrat kompleks/Bijian – Nasi, mi kering (bihun/wantan/yee mi/mi suah/tang hoon atau suhun), pasta kering (spageti/makaroni), oat, nestum segera paket 3 dalam 1), pelbagai jenis bijirin sarapan pagi/bar bijirin, bijirin penuh/biskut kering, tortilla, roti canai/capati beku, tepung putih atau tepung gandum serba guna (untuk membuat penkek/lempeng/roti canai/prata buatan sendiri), bijirin lain seperti barli, kentang (segar, beku, serbuk kentang lecek/keladi/keledek), tepung beras (untuk idli/tosai).

Makanan Protein:

Telur, tuna dalam tin/sardin/daging/makanan laut, ikan bilis, udang kering dan kacang dalam tin/dal/kekacang/tempe, mentega kacang dan mentega benih/serbuk, fucuk kering/tauhu, daging dimasak/hidangan makanan laut dalam paket.

Sayur-sayuran:

Sayuran/salad/ulam hijau berdaun tidak tahan lama dan perlu dimasak/dimakan apabila dibeli. Pilih sayur-sayuran yang disimpan lebih lama di dalam peti ais/luar seperti timun, labu, zucchini, terung/lobak merah, bendi, peria/petola, lada benggala, anak jagung/jagung manis, kacang botol dan tomato. Juga, cari sayur dalam tin seperti kacang/jagung/cendawan/tomato atau sayur kering (cendawan).

Buah-buahan:

Beli buah-buahan tempatan atau bermusim atau tahan lama kerana ia lebih murah seperti pisang, jambu batu, nangka/cempedak, atau buah-buahan kering atau jeruk (kurma/kismis/kranberi/aprikot/jambu batu/mangga/prun) atau buah tin (jika ada dijual).

Produk tenusu (juga sumber protein, kalsium dan vitamin D):

Susu cair (UHT) atau susu tepung.

Pelbagai barangan/produk makanan lain:

Minyak masak, marjerin yang tidak disejukkan, jem, gula melaka, garam, lada sulah, herba segar/kering dan rempah/daun, gula, garam, sos paket atau botol, kiub stok, bahan perasa segar atau kering (bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit, pandan, ketumbar, pasli, bunga kantan, daun kari dan lain-lain), cili kering/serbuk cili/serbuk kasar cili kering, asam jawa, lemon, limau nipis/limau kasturi (sisa boleh dimasukkan ke dalam cecair pencuci pinggan untuk menghilangkan gris), serbuk/paket krim kelapa/kelapa kering/kerisik, cuka, mayonis, madu, cili kisar paket.

Petua lain:

Kisar/potong dan beku atau goreng bawang/bawang putih/halia atau simpan dalam minyak/cuka untuk memastikan produk tahan lebih lama. Simpan lebih bawang goreng/bawang putih goreng/halia goreng.

Lebihan/sayur mentah/cili/cili goreng dan puri ke dalam pes/pesto/sos perisa/celup atau minyak/jeruk/acar/kerabu.

Mi segera mudah disediakan dan murah tetapi jika pilihan terhad, tambahkan sayur-sayuran seperti kubis/lobak merah/tomato atau timun yang dihiris halus bersama telur/daging dan diperisa dengan cili, bawang besar atau bawang putih (segar atau kering)/herba (segar atau kering)/lemon atau limau nipis.

Simpan bawang besar/bawang putih/halia/cili/serai/herba segar/ulam dalam minyak/cuka/limau nipis/lemon untuk perasa/kesegaran.

Susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding susu segar, manakala susu UHT boleh disimpan dalam suhu bilik (hanya disejukkan setelah dimakan/digunakan). Susu segar mempunyai tarikh luput paling singkat.

Simpan stok serunding/sambal kering/kuih bungkus/roti bun/jus paket/ikan bilis goreng.

Peralatan memasak mudah alih yang tidak memerlukan elektrik:

Bekas air panas, cerek dapur gas, pencincang makanan mudah alih, pemproses telur separuh masak (plastik), jag penapis air, dapur gas mudah alih perkhemahan/penunu gas mini, tablet penulenan air, katrij gas butana.

Petua utama:

Semak bahan yang anda sudah miliki di dapur, pantri, penyejuk beku atau peti sejuk. Sediakan senarai inventori termasuk tarikh luput makanan yang anda sudah ada di pantri.

Anda mungkin perlu mengosongkan ruang untuk meletakkan barang makanan tahan lebih lama, jadi semak produk yang telah tamat tempoh dan buang.

Masak makanan yang hampir tamat tempoh terlebih dahulu. - The Vibes, 1 November 2022

Rozanna M Rosly ialah Pakar Klinikal Dietetik, Global Doctors Hospital.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad