web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#KerajaanGagal, Manifestasi Kekecewaan Rakyat?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 5:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lari daripada dilingkari kontroversi, sebaik mengambil alih pentadbiran daripada tangan Pakatan Harapan (PH).

Terbaru, tanda pagar (hashtag) #KerajaanGagal trending di Twitter apabila netizen termasuk individu berpengaruh dalam politik sepakat menggunakan perkataan tersebut, bagi menggambarkan kekecewaan terhadap barisan kepimpinan diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat jam 3.54 petang hari ini, #KerajaanGagal berjaya menghimpunkan 67,000 ciapan di Twitter, satu perkembangan yang dianggap ‘tepat pada masa’, selepas mengambil kira rantaian isu terkini melatari negara.

Pemberian vaksin COVID-19 muncul sebagai antara isu yang mendominasi senarai ciapan di media sosial itu, dengan orang ramai mempersoalkan pelaksanaan program, kerana didakwa gagal mengikut keutamaan terhadap kategori penerima.

Bukan sekadar jadual suntikan disusun secara agak kelam kabut, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 juga disifatkan gagal memberi keutamaan kepada golongan yang lebih berisiko.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dalam ciapannya turut mempersoalkan kewajaran program terbabit, yang katanya meminggirkan warga pendidik daripada menerima vaksin lebih awal, sedangkan mereka terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19.

Persoalan ditimbulkan Maszlee itu ada benarnya, apatah lagi dengan pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan lain di seluruh negara.

Kemunculan beberapa kluster baharu sebelum ini yang membabitkan premis itu termasuk di sekolah, adalah bukti nyata bahawa golongan pendidik perlu berhadapan risiko jangkitan virus berkenaan.

Meski kadar jangkitan harian terus meninggi termasuk membabitkan warga pendidik, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi jelas beliau, masih mengambil pendekatan berdiam diri.

“Bagaimana dengan guru, pensyarah, petugas universiti dan pentabir sekolah?

“Walaupun jangkitan harian turut membabitkan mereka, MOE dan MOHE masih berdiam diri,” katanya menerusi satu ciapan, merujuk kepada kedua-dua kementerian berkenaan.

Selain #KerajaanGagal, Maszlee turut menggunakan tanda pagar #Wargapendidikanperludivaksinsegera.

Selepas beberapa siri tanda pagar trending di Twitter sebelum ini, #KerajaanGagal nyata membawa manifestasi terkini rakyat, yang dahagakan perubahan positif jentera pentadbiran, berbanding sekadar mencipta kitaran episod penuh kontroversi.

Dengan beban penduduk semakin bertambah, satu lagi tanda pagar mungkin tidak akan bermakna apa-apa jika ia cuma angin yang berhembus sekali lalu.

Apakah barisan pemimpin sedia ada mahu turun sejenak dari ‘singgahsana’ mereka dan meninjau rumput basah di bumi? Atau mungkin Pilihan Raya Umum (PRU) sekali lagi harus menjadi penentu dan saksi kepada kebangkitan suara rakyat?

Yang nyata kekecewaan rakyat saban hari kian parah, apatah lagi apabila perlu berdepan dengan sekian banyak kerenah birokrasi termasuk ke atas hal yang begitu remeh.

Jika tidak, masakan ada yang berani menempelak Muhyiddin dalam lawatan beliau ke bazar Ramadan di Putrajaya, kelmarin?

Kalau bukan kerana kekecewaan dan amarah yang sarat di dada, masakan ada insan waras sanggup berkelakuan sedemikian rupa ketika bulan Ramadan penuh mulia sedang menjengah.

Jika itu tidak dilihat sebagai satu kekecewaan, ternyata benar barangkali kerajaan sedang asyik dibuai mimpi.

Mimpi, memang enak dan mengasyikkan, namun realiti sebenar yang menimpa rakyat saban hari,  bukan hadiah ditunggu mereka ketika ini.

Benarkah pentadbiran negara dikepalai #KerajaanGagal atau rakyat yang sebenarnya terlalu beremosi?

Fikir-fikirkanlah, kerana jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

121 Rakyat Malaysia Terkandas Tiba Di KLIA Dari Laukkaing, Myanmar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bantu Hubungi Hamas Untuk Bebaskan Rakyat Thailand

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup