web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Ditahan Promosi Konsert Tak Wujud Babitkan Selebriti Popular

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 12:48PM

Siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau, satu daripadanya melibatkan kes penipuan. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita yang bukan sahaja menggunakan wajah penyanyi ‘otai’ negara, malah menjadikan vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani sebagai tarikan penganjuran konsert tidak wujud, menerima padah selepas dia ditahan polis.

Suspek yang berusia 48 tahun itu ditahan pada malam kelmarin, susulan laporan polis dibuat Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Fazira Wan Chek (Erra Fazira).
 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang lelaki yang merupakan seorang artis tempatan berusia 53 tahun, mendapat maklumat berhubung penyebaran hantaran di laman sosial Facebook mempromosikan poster mengenai konsert terbabit melalui rakan.
 
Berdasarkan maklumat tertera di poster terbabit, konsert tersebut dijangka dianjurkan pada 4 Februari tahun depan di Kota Kinabalu, Sabah.
 
“Suspek menawarkan penjualan tiket konsert berharga antara RM199 hingga RM649, namun penyanyi tersebut menafikan ada ditawarkan atau menandatangani sebarang kontrak untuk mengambil bahagian dalam konsert berkenaan,” katanya hari ini.
 
Selain wajah Awie dan Erra, suspek turut menggunakan gambar Ahmad Dhani, Siti Roziana Zain atau Ziana Zain serta Nor Zila Aminuddin (Ella).
 
Mohamad Farouk berkata, susulan daripada laporan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, membuat tangkapan terhadap suspek di Klang, Selangor pada jam 10.40 malam, kelmarin.
 
“Siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau yang satu daripadanya melibatkan kes penipuan. Suspek kini direman selama tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut,” katanya.
 
Menurut beliau, orang ramai yang sudah membeli tiket konsert itu dinasihatkan tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
 
“Mereka boleh berhubung dengan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD (Ibu Pejabat Daerah) Ampang Jaya di talian 03-42952222 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menipu,” katanya. – Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad