web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Parti Pilih Calon Fasih Bahasa Melayu, Pendekatan Wajar - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 11:17AM

Dr Teo Kok Seong berkata penguasaan bahasa Melayu yang baik bukan sahaja memberi kelebihan kepada pemimpin untuk mudah berkomunikasi malah lebih penting dapat menyampaikan dasar dan agenda kerajaan dengan tepat kepada rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan sebahagian Ahli Parlimen sebelum ini untuk menguasai bahasa Melayu dengan fasih ketika membahas isu-isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, pernah menjadi perdebatan hangat dan dipersoalkan banyak pihak.

Ini memandangkan ia bukan sahaja merupakan bahasa kebangsaan negara, tetapi juga menjadi bahasa rasmi di Dewan Rakyat sepertimana dinyatakan dengan jelas di bawah Peraturan Mesyuarat 8 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Selain ia juga merupakan ‘pembawa’ kepada suara-suara rakyat dalam pelbagai isu di sesuatu kawasan Parlimen untuk diambil perhatian di peringkat atasan.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, terdapat pandangan pakar bahasa dan penganalisis politik yang mahukan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dapat menguasai sebaiknya bahasa ibunda itu supaya situasi sama di Dewan Rakyat sebelum ini tidak berulang.

Mengulas mengenainya, pakar bahasa Melayu, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata penguasaan bahasa Melayu yang baik bukan sahaja memberi kelebihan kepada pemimpin untuk mudah berkomunikasi malah lebih penting dapat menyampaikan dasar dan agenda kerajaan dengan tepat kepada rakyat.

Dr Teo Kok Seong
Dr Teo Kok Seong

“Bagi saya, apabila ada wakil parti (politik) yang dilantik sebagai pemimpin tidak boleh berbahasa Melayu, itu bukan isu politik tetapi isu negara kerana kita kena ingat bahawa bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu, tetapi bahasa kebangsaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang merupakan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  berkata penguasaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan calon bukan sahaja memudahkan komunikasi dengan masyarakat setempat, tetapi juga mendaulatkan bahasa tersebut.

Malah, ini juga selari dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu penggunaan bahasa rasmi dalam setiap urusan rasmi negara termasuk persidangan antarabangsa.

Keputusan Perdana Menteri itu juga sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, dengan kementerian dan agensi kerajaan perlu menjadi contoh terbaik dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan.

“Bagi saya, kita perlu sokong apabila ada parti politik terutamanya yang bukan dalam kalangan kaum Melayu yang mahu memartabatkan bahasa Melayu dengan memilih calon yang benar-benar fasih berbahasa kebangsaan. Malah, usaha seperti ini harus diperluaskan lagi kepada parti-parti politik lain,” katanya.

Dr Dominic Lau Hoe Chai
Dr Dominic Lau Hoe Chai

Baru-baru ini, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengumumkan hanya mereka yang menguasai bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon parti itu pada PRU15.

Lau berkata penguasaan bahasa Melayu adalah antara kriteria yang akan dipertimbangkan dalam pemilihan calon parti itu.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Pandangan sama turut disuarakan pensyarah kanan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang melihat penguasaan bahasa Melayu yang baik wajar menjadi prasyarat utama dalam pemilihan calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

 “Pendekatan itu tepat kerana kita mahu mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih efisien supaya tidak menimbulkan pemahaman bahasa dan budaya setempat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam