web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku Teks Sejarah Harus Tonjol Sumbangan Cina, India Di Tanah Melayu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 9:13AM

IPPN memberitahu buku teks berkenaan juga sepatutnya memasukkan fakta mengenai penggunaan kaedah teknologi rendah lain, seperti pam kerikil dalam perlombongan bijih timah kerana ia akan menunjukkan aktiviti pelombong Cina dalam industri berkenaan. - Gambar dari New Straits Times

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Diaspora kaum Cina dan India menyumbang kepada pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum merdeka lebih banyak daripada yang dinyatakan dalam buku teks sejarah Tingkatan 3 sekolah kerajaan, kata Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN).

Dalam laporannya mengenai penambahbaikan buku teks sejarah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sekolah awam (“Laporan Cadangan Penambahbaikan Buku Teks Sejarah Tingkatan 1-5”), 16 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan di bawah IPPN itu berkata, lebih banyak perlu dilakukan untuk menyerlahkan sumbangan kumpulan etnik minoriti kepada Tanah Melayu British.

Ia memetik bab enam buku teks Tingkatan 3, yang memperincikan pengaruh kuasa kolonial barat ke atas status sosio-ekonomi Tanah Melayu pada abad ke-19, seperti penggunaan teknologi dalam industri perlombongan bijih timah untuk meningkatkan produktiviti.

Kumpulan itu berkata, buku teks tersebut juga sepatutnya memasukkan fakta mengenai penggunaan kaedah teknologi rendah lain, seperti pam kerikil dalam perlombongan bijih timah kerana ia akan menunjukkan aktiviti pelombong Cina dalam industri berkenaan.

Pada 1910, 80 peratus daripada pekerja lombong bijih timah adalah kaum Cina, kata kumpulan itu, yang menyokong perwakilan kumpulan etnik yang tepat dalam sukatan pelajaran pendidikan awam.

“Adalah wajar fakta sejarah ini dijelaskan bagi memberi gambaran yang jelas dan seimbang kepada pelajar khususnya mengenai sumbangan masyarakat Cina dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.”

Loke Yew - Gambar dari Wikipedia
Loke Yew - Gambar dari Wikipedia

Begitu juga, kumpulan itu berkata, tokoh utama pendatang bukan Melayu seperti Loke Yew dan Yap Kwan Seng sepatutnya diberi lebih banyak pendedahan dalam buku teks untuk menunjukkan sumbangan kumpulan minoriti kepada sektor ekonomi awal Tanah Melayu.

Menurut IPPN, walaupun buku teks Tingkatan 3 mengiktiraf sumbangan mereka dan kumpulan lain, huraian yang lebih lengkap mengenai peranan golongan berkenaan dalam sektor lain seperti pendidikan dan rumah ibadat perlu ditambah.

IPPN juga berkata, penjelasan mengenai penghijrahan warga asing ke Tanah Melayu harus lebih tepat dan lebih daripada sekadar menyebut bahawa British telah menggalakkan pekerja asing mencari rezeki baharu dalam sektor perlombongan dan pertanian.

Lebih tepat lagi, IPPN berkata, konteks sejarah ketika itu menunjukkan warga asing bukan datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk bekerja dalam sektor tersebut, tetapi pernah dibawa masuk oleh British malah sebelum itu untuk membersihkan tanah hutan.

“Pentadbiran British terpaksa merangsang aktiviti pelaburan dan ekonomi supaya mereka boleh mengutip cukai untuk membiayai pentadbiran dan pembangunan infrastruktur.

“Memandangkan populasi dan urbanisasi rendah di Tanah Melayu, British membawa masuk buruh dari China, India, dan Nusantara untuk membersihkan tanah dan menjalankan aktiviti perlombongan dan pertanian,” kata laporan IPPN.

Ia memetik penyelidikan oleh pakar sejarah J. M. Gullick yang mengatakan bahawa antara 1835 hingga 1840, penduduk Tanah Melayu termasuk Singapura, hanya sekitar 376,000, tetapi jumlahnya meningkat kepada 1.4 juta antara 1884 hingga 1891.

Pam kelikir bijih timah - Gambar dari petitgo.com
Pam kelikir bijih timah - Gambar dari petitgo.com

Negeri ‘Berdaulat’ Atau Dinaungi?

Isu lain mengenai buku teks Tingkatan 3 ialah "kedaulatan" Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dipimpin oleh Kesultanan Melayu di bawah pemerintahan British. 

Bab 3 buku teks mengatakan semua negeri ini mengekalkan kedaulatan mereka walaupun mempunyai penasihat British. 

IPPN berkata, penggunaan perkataan “kedaulatan” adalah mengelirukan kerana Raja-Raja Melayu terpaksa mengikut semua nasihat yang ditetapkan oleh British. 

Raja-Raja Melayu juga kehilangan kuasa untuk mengutip cukai, meluluskan undang-undang, dan mentadbir kerajaan mereka, seperti yang dinyatakan dalam buku teks itu sendiri.

“Status mereka sebagai negeri naungan bermakna negeri-negeri Melayu ini berada di bawah perlindungan British dan telah kehilangan hak kedaulatan mereka. Jika negeri-negeri itu mempunyai kedaulatan, ia hanya pada nama dan simbolik,” kata IPPN. – The Vibes, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Pengundi Muda Jadi Penentu, Ubah Dinamik Keputusan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Perempuan Direman 4 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Rakan Sekolah 

oleh Amirah Abu Bakar