web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aplikasi Whatsapp Terganggu, Pengguna Tak Dapat Kirim Mesej, Buat Panggilan Suara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 4:28PM

Pengguna aplikasi Whatsapp menghadapi masalah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengguna aplikasi Whatsapp dilaporkan menghadapi masalah untuk mengakses kemudahan penghantaran mesej itu sejak kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Gangguan aplikasi milik syarikat Meta itu menyebabkan fungsi mesej dan panggilan suara tidak dapat dilakukan, malah terdapat tulisan ‘connecting’ atau ‘sambungan’ menunjukkan ia sedang mencari signal untuk kembali pulih.

Sehingga kini, masalah sebenar dan berapa lama situasu itu akan ‘diperbaiki’ masih tidak diketahui.

Meninjau ke Twitter, tanda pagar Whatsapp, Telegram dan iMessage menjadi sohor akibat gangguan itu.

Netizen turut melakukan komunikasi menerusi Telegram dan iMessage susulan gangguan dialami Whatsapp.

“Jika anda berdepan apa-apa masalah dengan Whatsapp anda, masalah itu bukan daripada telefon atau rangkaian internet anda, ia daripada Whatsapp,” ciap @DeyElikem1.

“Jangan bimbang, telefon anda tidak bermasalah, Whatsapp sedang alami gangguan di banyak negara,” tulis @daddyhope.

Malah, ada pengguna mengatakan mereka terus ‘memeriksa’ Twitter bagi mengetahui apakah sememangnya ada masalah dengan Whatsapp, apabila tidak dapat mengakses aplikasi itu seperti biasa.

“Menyedari ada sesuatu yang janggal dengan Whatsapp, langsung saya memeriksa Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya,” kata seorang pengguna.

“You came here to see if Whatsapp is down right? (anda ke sini untuk lihat jika Whatsapp terganggu kan?)” kata @BeLikeShane. – Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity Keluar Amaran Aktiviti Menyamar, Tipu Melalui Akaun WhatsApp 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 24 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad