Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yayasan Vinod Sekhar Janjikan Ganjaran RM500,000 Kepada Saintis 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 8:18PM

Datuk (Dr) Vinod Sekhar (tengah) ketika mengumumkan anugerah pada Majlis Peringatan Kali Ke-6 Tan Sri Dr B C Sekhar, malam tadi, turut menggesa saintis dan pemain industri meneruskan kerjasama dalam membangunkan teknologi yang boleh memberi impak kepada akademik dan negara. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petra Group, Datuk (Dr) Vinod Sekhar akan menghadiahkan RM500,000 kepada komuniti saintis yang berjaya menginovasi dan membangunkan teknologi bagi membantu masyarakat.

Ganjaran secara tahunan itu dirancang diserahkan kepada penerima sulungnya pada tahun depan yang akan disalurkan menerusi Yayasan Vinod Sekhar yang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kemiskinan serta menyediakan penjagaan kesihatan, selain pendidikan kepada masyarakat memerlukan.

Ia diumumkan sempena Majlis Peringatan Kali Ke-6 Tan Sri Dr B C Sekhar malam tadi yang dianjurkan setiap tahun bagi mengenang jasa dan pencapaian beliau yang juga mendiang ayah kepada ahli perniagaan terkemuka, Vinod.

“Bersama Persatuan Ahli Sains Malaysia (MSA), Yayasan Vinod Sekhar akan mengatur dan menyediakan setengah juta ringgit (untuk diberikan) kepada saintis yang boleh membangunkan inovasi dan teknologi untuk menyumbang kepada masyarakat,” kata Vinod.

Menyatakan bahawa bapanya memainkan peranan penting dalam mempromosikan sains dan pembangunan negara, Vinod menggesa komuniti saintis dan pemain industri untuk meneruskan kerjasama dalam membangunkan teknologi yang boleh memberi impak, bukan saja di bidang akademik malah untuk pembangunan negara.

Datuk (Dr) Vinod Sekhar
Datuk (Dr) Vinod Sekhar

Memegang pesanan ayahnya, Vinod mengulangi bahawa B C Sekhar adalah seorang daripada individu yang memperjuangkan usaha memupuk inovasi pembangunan industri perladangan getah dalam kalangan rakyat.

“Bapa saya pernah berpesan (kepada persatuan peladang) ‘Kamu jaga orang yang berada di bawah pokok, saya akan menjaga pokoknya, jika tidak ada pokok, tidak akan ada orang di bawahnya’.

“Akhirnya mereka mengatakan bahawa mereka akan menjaga kedua-duanya,” katanya.

Menghargai kejayaan bapanya, Vinod berkata, beliau sentiasa berusaha untuk memenuhi kepercayaan yang disematkan dalam dirinya oleh lelaki berkenaan yang disifatkannya sebagai pembina negara, saintis global dan tokoh dijulang tinggi.

Dikenali sebagai ‘Mr Natural Rubber’, B C Sekhar dipuji kerana memodenkan industri getah asli Malaysia dan memainkan peranan penting dalam pembangunan industri minyak sawit negara.

Dilahirkan di sebuah ladang di Sungai Buloh pada 17 November 1929, B C Sekhar adalah Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia pada tahun 1966, sebelum dilantik menjadi Pengawal Penyelidikan Getah Asia pertama dan Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Getah Malaysia.

Beliau menjelajah ke serata dunia untuk berkongsi ilmu mengenai industri getah dan minyak sawit sehingga kematiannya pada September 2006, menyaksikan dunia kehilangan seorang lelaki hebat yang banyak menyumbang kepada memajukan negara secara global.

Pertama kali dianjurkan oleh MSA pada 2007, Majlis Memperingati B C Sekhar turut didokong Sime Darby Plantation, Yayasan Lee, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dan United Plantations Bhd.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melihat Sekhar sebagai seorang penentang pandangan sinis terhadap kejayaan boleh dicapai golongan saintis.

Beliau turut berjanji memberi peruntukan bagi menyediakan kemudahan diperlukan komuniti saintis dalam menghasilkan inovasi masa depan, jika diberi mandat untuk memimpin negara sebagai Perdana Menteri, malah kesal dengan kemerosotan jelas di Malaysia yang terhad oleh ‘pembiayaan tidak konsisten dan ketidaktentuan kerajaan’.

“Negara yang boleh melahirkan insan seperti Sekhar tidak seharusnya berada dalam situasi begitu teruk, terutama berkaitan sains, penyelidikan, teknologi dan pembangunan,” kata Anwar, yang berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dari tahun 1984 hingga 1986.

Pada acara sama, panel turut membincangkan mengenai memanfaatkan teknologi sempadan untuk pertanian pintar iklim, yang menampilkan tokoh terhormat, seperti Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Zainab Idris; Pengarah Pembangunan Pengeluaran Lembaga Getah Malaysia, Mohd Nasaruddin Mohd Aris dan Pengasas bersama Spruce Capital Partners, Ganesh M Kishore.

Acara itu berakhir dengan ucapan disampaikan Kishore mengenai penyelesaian berasaskan alam semula jadi yang ditambah teknologi untuk membolehkan keselamatan pemakanan, kemampanan dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.  – The Vibes, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘MIC Tak Pernah Boikot PRK KKB, Dakwaan Ada Konflik Tak Benar’ - Thinalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penuntut IPTA Didakwa Cederakan Rakan Baik Guna Asid