web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Pelajar IPT Dapat Pelepasan 5 Hari Untuk Pulang Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 1:25PM

Tarikh pelepasan yang diberikan kepada pelajar IPT untuk pulang mengundi bermula 17 hingga 21 November ini adalah tempoh yang mencukupi buat mereka untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.

Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini memaklumkan surat berkenaan telah diedarkan kepada semua IPT awam dan swasta termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk tindakan lanjut.

“Surat tersebut adalah edaran kepada semua IPT bagi memberi pelepasan kepada pelajar untuk mengundi berdasarkan Undi 18. Kenyataan media berhubung perkara ini akan dikeluarkan nanti,” katanya.

Menurut surat bertarikh 21 Oktober itu, tarikh pelepasan bermula dari 17 hingga 21 November itu adalah tempoh yang mencukupi buat pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik dari lokasi mengundi.

Surat berkenaan turut menyatakan semua kelas dan aktiviti pelajar semasa tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan ke suatu tarikh lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad