Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Pusat Mediasi COVID-19 Tamat Lusa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 2:31PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) yang ditubuhkan pada 11 November 2020 ditamatkan secara rasmi pada 23 Oktober ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, susulan daripada penamatan itu, pautan bagi permohonan mediasi di laman sesawang www.pmc.19.gov.my ditutup pada jam 11.59 malam sehari sebelumnya, iaitu pada 22 Oktober.

“PMC-19 ditubuhkan di bawah Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829].

“PMC-19 berperanan membantu orang awam menyelesaikan pertikaian berbangkit daripada ketidakupayaan untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul. (Ia) akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta penularan wabak COVID-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, pengantaraan (Mediasi) yang dilaksanakan di bawah PMC-19 adalah secara sukarela.

Katanya, nilai pertikaian boleh dirujuk untuk pengantaraan melalui PMC-19 adalah tidak melebihi RM500,000, kecuali pertikaian berhubung kontrak pembinaan.

Beliau berkata, sepanjang penubuhan PMC-19, sebanyak 290 kes sudah dirujuk ke pusat itu dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 79 kes diselesaikan dengan nilai pertikaian terkumpul berjumlah RM3.8 juta.

“Kerajaan amat bangga kerana PMC-19 berjaya membantu Keluarga Malaysia untuk menyelesaikan pertikaian kontrak akibat pelaksanaan PKP dan penularan COVID-19 secara baik, tanpa melibatkan proses perbicaraan di mahkamah.

“Penyelesaian pertikaian melalui pengantaraan ini terbukti berkesan kerana ianya lebih pantas, menjimatkan kos dan menawarkan penyelesaian secara ‘menang-menang’ kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Wan Junaidi, perkhidmatan pengantaraan percuma ditawarkan di bawah PMC-19, pastinya tidak akan berjaya tanpa sokongan mediator (pengantara) yang digerakkan Malaysian Bar di Semenanjung, Sabah Law Society (SLS) di Sabah dan The Advocates Association of Sarawak (AAS) di Sarawak.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada pegawai serta kakitangan Pusat Mediasi COVID-19, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang berkhidmat sepanjang penubuhan PMC-19 serta pengantara di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menjayakan inisiatif ini.

“Kerajaan menghargai semua pihak yang membantu pelaksanaan PMC-19 dan Keluarga Malaysia yang terus menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu pihak terkesan akibat pelaksanaan PKP di sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Tawar Insentif Haji Muassasah Untuk 6,000 Jemaah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran