web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DASH Catat Kemalangan Maut Pertama Libatkan Penghantar Makanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 3:27PM

Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat lepas, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di KM15.7 dari arah Penchala ke Denai Alam itu pada 12.05 tengah malam.

Beliau berkata lelaki berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.

Lebuhraya sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk itu dibuka mulai 12.01 tengah malam, Jumaat lepas (14 Oktober).

DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). - Bernama

TAG: maut, Lebuhraya DASH, polis, kemalangan,

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad