Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ingat Johor? DAP Ragui Pengisytiharan UMNO 'Ismail Sabri Sebagai PM'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 2:00PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP enggan percaya pengisytiharan UMNO bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu kembali berkuasa, ketika timbul dakwaan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikhabarkan untuk jawatan tersebut.

Di Twitter, mereka memetik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac sebagai ilustrasi bagaimana seorang individu yang telah dicalonkan oleh UMNO dan diberi nama untuk jawatan Menteri Besar, kemudiannya digugurkan untuk orang lain.

Semasa PRN Johor, UMNO telah menamakan Datuk Hasni Mohammad yang juga penyandang Menteri Besar ketika itu, sebagai calon tunggalnya untuk jawatan tersebut.

Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi

Bagaimanapun, selepas meraih kemenangan, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaliknya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu, walaupun timbul cakap-cakap dalam parti bahawa ia adalah disebabkan campur tangan istana negeri.

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Dalam ciapan di Twitter pagi ini, penyandang Parlimen Segambut dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Hannah Yeoh berkata, insiden di Johor telah pun menjadi contoh bahawa seorang ‘poster boy’ yang dinamakan UMNO tidak semestinya akan mengetuai pentadbiran selepas memenangi pilihan raya.

“Jangan percaya naratif ‘poster boy’ mereka. Ismail jelas mendapat arahan daripada Zahid,” katanya.

Komennya itu sebagai respons kepada kenyataan Zahid semalam bahawa Ismail Sabri kekal pilihan UMNO sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15.

Bagaimanapun, penyandang Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Yang di-Pertuan Agong akhirnya akan mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik ahli Dewan Rakyat yang beliau rasa mendapat sokongan majoriti Dewan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut memberitahu The Vibes bahawa parti itu tidak mengubah pendiriannya untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon pilihan untuk jawatan Perdana Menteri.

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming juga membuat perbandingan antara situasi hari ini dengan PRN Johor apabila menyatakan bagaimana janji yang sama dibuat ketika itu tetapi tidak ditunaikan.

“Hampir pasti ‘barang order dan barang sampai’ tidak sama. Jangan jadi macam di Johor, ada ramai pengundi BN yang kena tipu lagi,” katanya di Twitter.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan, yang dikhabarkan akan bertanding di Bangi pada PRU-15 menegaskan bahawa proses pasca pilihan raya secara konvensional akan menyaksikan ketua parti yang menang bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kalau BN menang, yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan adalah Pengerusi BN sebagai ketua parti. Siapa Pengerusi BN? Datuk Seri (Ahmad) Zahid Hamidi.

“Ini bukan propa ya. Ini betul. Boleh check (semak) sendiri,” katanya di Twitter.

Pada April lalu, UMNO mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi Kerjanya telah bersetuju sebulat suara bahawa Ismail Sabri akan menjadi calon Perdana Menteri tunggalnya, walaupun ahli politik mencadangkan Zahid sebaliknya mungkin naik ke tampuk kuasa. - The Vibes, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Politik 1 hari yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung