web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keratan Berita Dakwa Hajiji, Bung Moktar Bertemu Tun Juhar Semalam, Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 11:35AM

Hajiji Noor dan Bung Moktar Radin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Keratan berita yang tular di media sosial mendakwa kononnya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, petang semalam adalah palsu.

Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri, Jaafar Abd Wahid dalam kenyataan berkata gambar keratan berita itu sebenarnya adalah berita selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRN-16) tahun 2020, namun ruangan tarikh berita disiarkan sengaja dipotong, dipercayai untuk mengelirukan pembaca.

Beliau berkata keratan berita daripada portal itu sengaja disebarkan individu tidak bertanggungjawab ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir dan tidak sepatutnya dilakukan sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

 “Saya menerima beberapa panggilan dan mesej bertanyakan kesahihan berita tersebut sedangkan pada sebelah pagi saya bersarapan bersama Bung Moktar di kediamannya sebelum menghantar beliau pada sebelah petang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk ke Kuala Lumpur.

“Ketua Menteri (Hajiji) pada hari tersebut pula berada di Kota Marudu dalam program Jelajah GRS (Gabungan Rakyat Sabah)...keratan berita ini disebarkan individu yang tidak bertanggungjawab dalam media sosial terutama WhatsApp sehingga menimbulan persoalan kepada orang ramai,” katanya di sini hari ini.

Semalam, keratan berita itu merupakan antara perkara menimbul persoalan tentang status Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berikutan khabar angin mengatakan terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS bakal keluar parti mengikut jejak ADUN Bandau Datuk Wetrom Bahanda.

GRS dan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan Sabah dengan sokongan 53 ADUN, berbanding pembangkang 25 ADUN. 

Jaafar berkata keratan berita itu telah dipergunakan lasykar siber atau cybertrooper pembangkang bagi memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan penyokong kerajaan terutama GRS dan BN berdepan PRU15.

“Saya meminta orang ramai agar jangan mudah mempercayai berita palsu dan menyebarkannya sebelum mendapat kesahihannya,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad