web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Berdepan Tindakan Kerana Bersuara Masih Ada Peluang Bela Diri - Kesatuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 7:01AM

Mohd Fadli Salleh - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang dikatakan bakal dipecat kerana mengkritik kepincangan sistem pendidikan negara masih mempunyai peluang untuk membuat representasi bagi membela dirinya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, semua lapisan proses tindakan tatatertib terhadap penjawat adalah adil kerana ia mencakupi tuduhan, membela diri dan rayuan.

Menurutnya, jika pihak terbabit masih tidak berpuas hati, tindakan mahkamah juga boleh diambil selepas semua proses tersebut dilaksanakan.

"Dalam isu ini, CUEPACS melihat semua penjawat awam terdedah jika melakukan salah laku dalam perkhidmatannya. Kita dapati setiap proses ini akan diambil tindakan oleh pihak yang berkaitan.  Bagi kami, ia adalah proses biasa dan guru ini masih mempunyai peluang untuk representasi bagi membela dirinya.

“Jika dibuat hantaran di Facebook, ia tidak menyelesaikan masalah malah boleh mewujudkan sentimen antara pihak luar dan dalam, maksudnya bacaan saya tidak sama dengan bacaan awak sebagai contoh," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Adnan Mat
Adnan Mat

Adnan menyatakan demikian ketika diminta mengulas kemelut dihadapi Mohd Fadli Salleh, seorang guru sekolah rendah yang bakal dikenakan tindakan tatatertib termasuk dipecat, kerana memperjuangkan beberapa isu menyelubungi sistem pendidikan negara.

Antara lain, Mohd Fadli mengkritik silibus pelajaran kerana tidak sepadan dengan tingkat usia pelajar, selain menyelar sistem pembelajaran kerana membuatkan murid terpaksa memikul beg yang teramat berat.

Kelmarin, guru itu menerusi hantaran di Facebook berkongsi lampiran surat dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya.

Susulan perkongsian, pelbagai pihak mula bersuara, malah netizen turut mengambil peluang mengkritik Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin kerana membiarkan kepincangan tersebut berlaku. 

Mohd Fadli berkata, tindakan itu bukan sesuatu yang wajar kerana beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi konflik dengan ibu bapa murid.

Hantaran Mohd Fadli kemudian mendapat perhatian Mohd Radzi yang menyatakan hasrat untuk berjumpanya.

Dalam perkembangan berkaitan Adnan berkata, pihak terbabit sekiranya merasakan berlaku ketidakadilan dalam isu berkenaan, boleh membuat aduan kepada CUEPACS, dan pada masa sama boleh mengambil tindakan mahkamah.

Jelasnya, penjawat awam kebiasaannya tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pembelaan.

"Saya lebih bersetuju bahawa keadilan ini tidak akan dapat dalam bentuk Facebook dan keadilan tidak tercapai melalui media sosial tetapi keadilan (boleh diraih) di meja perundingan.

"Kementerian Pendidikan (KPM) masih ada ruang dan pihak lagi satu juga masih ada ruang untuk menjalankan proses rundingan berikutnya. Banyak prosesnya, budi bicara jabatan turut masih wujud dan semua orang tiada masalah dalam perkara ini," katanya.

Adnan seterusnya menyeru KPM dan pihak terlibat untuk kembali ke meja rundingan dan berbincang semula kerana langkah itu lebih baik daripada membuka mana-mana 'aib' di media sosial.

Mohamad Ali Hasan
Mohamad Ali Hasan

Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hasan berpendapat, bukan menjadi kesalahan seseorang guru untuk berterus terang menyuarakan masalah yang dialami murid. 

Menurutnya, sekiranya benar perkara yang diperjuangkan, maka ada eloknya ia disuarakan menerusi saluran sedia ada termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni sekolah, kesatuan guru, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Pendidikan Negeri (PPN).

Beliau berkata, tindakan berani kerana benar dan membantu menyelesaikan masalah murid adalah langkah yang sepatutnya selalu didukung. 

Jelasnya, murid kadang kala tersepit kerana tidak tahu bagaimana hendak mencurahkan masalah mereka dan sudah tentulah guru boleh berperanan untuk membantu.

"Isu guru tersebut yang mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat, (dia) tidak sepatutnya khuatir kerana langkah membantu masalah murid perlu diberi perhatian sewajarnya. 

"Beranilah atas kebenaran untuk membantu sebaik-baiknya mereka yang perlukan bantuan. Syabas dan tahniah atas tindakan bijak guru berkenaan," katanya. - Getaran, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar