web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Penduduk Lari, Polis Periksa Kediaman Di Lokaliti PKPD

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 12:08PM

Pemeriksaan ketat individu yang keluar dan masuk di kawasan lokaliti PKPD.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memeriksa setiap kediaman di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi mengesan penduduk yang meninggalkan kediaman masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, pasukan pemantau akan memantau pergerakan setiap penghuni di 13 kawasan lokaliti PKPD sekitar daerah itu.

“Kita akan melakukan pemeriksaan di setiap rumah dan mendapatkan maklumat penduduk berkaitan.

“Sekiranya mereka didapati sengaja melarikan diri iaitu bagi mengelak dikenakan PKPD, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan mengambil tindakan tegas termasuk menempatkan mereka di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung,” katanya dalam sidang media di Bandar Sri Indah, di sini, semalam.

Peter Umbuas
Peter Umbuas

Menurutnya, sejak Tawau diisytiharkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, sebanyak 13 lokasi di daerah itu diletakkan di bawah kategori PKPD.

“Ia membabitkan 17,804 penduduk secara keseluruhan.

“Pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka kerana tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.

Seramai 384 petugas barisan hadapan terdiri daripada polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditugaskan di semua 13 lokaliti PKPD.

Perkhidmatan penghantaran juga dilarang memasuki kawasan PKPD di Bandar Sri Indah.
Perkhidmatan penghantaran juga dilarang memasuki kawasan PKPD di Bandar Sri Indah.

Dalam pada itu menurut Peter, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 3 April lalu, polis sudah mengeluarkan empat kompaun ke atas pemilik premis dan penduduk di daerah ini bernilai RM25,500, membabitkan pelbagai kesalahan, termasuk gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Antaranya premis beroperasi tanpa kelulusan, pemandu kenderaan yang membawa penumpang melebihi dua orang, bot membawa penumpang lebih dari kapasiti dibenarkan dan tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKOB Tawau, Arnold Joibi berkata, sikap cuai penduduk dalam mematuhi SOP PKP menjadi antara punca perlaksanaan PKPD, selepas peningkatan kes positif COVID-19.

“Masih ramai beranggapan masalah ini tidak serius, ada yang gagal melakukan penjarakan fizikal, malah ada ibu bapa lebih gemar membawa anak kecil ke kawasan sesak atau ramai orang seperti di pasaraya,” katanya. - Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran