web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pemuda UMNO Hantar Senarai Calon Mampu Menang - Asyraf Wajdi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 7:25PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO telah menghantar senarai calon mereka bagi bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) untuk penelitian kepimpinan parti, kata Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata senarai calon yang ditampilkan bukan sahaja melibatkan ramai wajah baharu, malah mereka dipilih berdasarkan kawasan tumpuan yang boleh dimenangi calon pergerakan itu.

Menurutnya kejayaan penampilan calon lebih muda dan muka baharu terbukti pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Melaka sebelum ini yang menyaksikan calon Pemuda berjaya menambat hati pengundi dan memberi kemenangan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).

“Kita mencadangkan calon mengikut kriteria yang ditetapkan parti iaitu WALI, ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) serta ‘likeable’ (disenangi) oleh rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco Pemuda UMNO di sini hari ini.

“Pemuda tak pernah mendesak agar ada kuota 30 peratus calon Pemuda, namun pendirian kita adalah mahu UMNO dan BN menampilkan calon muda yang memberi isyarat bahawa BN sentiasa meremajakan serta membuat pembaharuan dalaman parti,” tambahnya.

Asyraf Wajdi turut mengesahkan nama beliau antara calon dari Pemuda UMNO yang dihantar untuk penelitian Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MARA: Mas Ermieyati Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam