web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Akaun Twitter Muat Naik Video Berkaitan TYT Melaka Dibebaskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 8:55PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Jay Jay Denis, yang ditahan berkaitan hantaran video dimuat naik di media sosial berkenaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, dibebaskan semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berkenaan dibebaskan kira-kira 11.30 malam tadi, selepas keterangan beliau selesai direkodkan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

“Pemilik akaun twitter berkenaan dibawa dari Klang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah oleh sepasukan polis dari IPD ini, bagi membantu siasatan berkaitan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya, ekoran hantaran video yang dimuat naik di media sosialnya itu pada 6 Sept lepas.

“Pemilik akaun berkenaan telah dibebaskan malam tadi, setelah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, dalam proses melengkapkan siasatan berkenaan, semua pihak diminta tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang mengelirukan, bagi memberi ruang siasatan yang adil dan telus dijalankan ke atas kes tersebut.

Semalam media melaporkan seorang pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang merupakan pemilik akaun Twitter tersebut, ditahan polis malam tadi.

Lelaki itu ditahan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung hantaran di Twitter miliknya mengenai konvoi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada bulan lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'King' Ni Tak Abis Cari Pasal La...

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan