web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Akibat Hujan Lebat Di Pantai Barat Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 8:43PM

Keadaan banjir di sekitar pantai barat Sabah susulan hujan lebat yang berterusan sejak petang ini. - Gambar dari Facebook Jimi Lasumin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Hujan lebat berterusan petang ini menyebabkan beberapa lokasi sekitar pantai barat Sabah terutama di daerah Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang dilanda banjir.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan yang banjir di Kota Kinabalu termasuk Likas, Tebobon, Sepanggar dan Manggatal; di Tuaran pula termasuk Telipok, Rugading dan Gayang manakala di Penampang kawasan yang terjejas antaranya ialah Donggongon, Bundusan dan Sugud.

Banjir juga menenggelamkan jalan raya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas manakala kenderaan yang diletak di tepi jalan dan tingkat bawah beberapa premis kedai turut ditenggelami air.

Keadaan itu turut mengakibatkan beberapa laluan utama sesak antaranya Jalan Menggatal Tebobon serta Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu, Jalan Salut di Tuaran dan Jalan Panglima Banting di Penampang.

 Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata setakat ini, pihaknya menerima satu laporan mengenai banjir di Kampung Mansiang, Menggatal melibatkan sembilan mangsa banjir dan jabatan itu serta pihak berkuasa lain sedang memberikan bantuan perlu.

Misran berkata dalam kejadian pada 3.27 petang itu, dua rumah telah dinaiki air dan mangsa banjir yang terperangkap berjaya dikeluarkan oleh anggotanya sebelum dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

“Kami bersama pihak berkuasa lain sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang situasi banjir dan sudah melakukan persediaan daripada awal, justeru kita meminta orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca tidak menentu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya juga menasihati orang ramai supaya sentiasa mengetahui di mana ahli keluarga mereka ketika situasi cuaca tidak menentu ini selain meminta bantuan pihak berkuasa jika berdepan kesulitan ketika bencana.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Sabah, ketika dihubungi, pula berkata setakat ini terdapat laporan kawasan terjejas di daerah Penampang dan pusat pemindahan banjir akan dibuka bagi menempatkan mangsa terlibat.

Beliau berkata selain Jalan Panglima Banting, satu lagi laluan iaitu Jalan Sugud di daerah itu hanya boleh dilalui kenderaan berat manakala Jalan Maang yang dinaiki air masih boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Bacaan paras air di sungai antaranya Sungai Moyoq mendapati paras air sungai pada tahap berbahaya dan penduduk kawasan berhampiran telah dinasihatkan supaya sentiasa dalam keadaan waspada,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah serta Labuan pada 6.10 petang.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di kawasan terlibat sehingga 10 Oktober,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad