web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tutup Pejabat Tak Bermaksud Putus Hubungan Dengan UNHCR' - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 6:12PM

Saifuddin Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Cadangan untuk menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak bermaksud hubungan Malaysia dengan badan antarabangsa itu terputus, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata hubungan sedia ada akan terus berjalan, kerana di bawah hubungan antarabangsa UNHCR masih relevan sebagai sebuah badan antarabangsa, selain kemahirannya dalam menguruskan pelarian diperlukan Malaysia. 

"Apa yang sedang berlaku ialah cadangan supaya satu transisi diadakan bagi kerajaan Malaysia mempunyai kad sendiri untuk digunakan bagi tujuan pelarian dan pencari suaka yang datang ke Malaysia. 

"Kalau ini boleh berlaku maka pejabat UNHCR akan ditutup, namun ini memerlukan masa... kita perlu ada latihan (mengenainya), dan saya difahamkan UNHCR bersetuju untuk melaksanakan latihan bersama dengan pegawai KDN (Kementerian Dalam Negeri), supaya pegawai kita ada kecekapan yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai kajian terhadap cadangan menutup pejabat UNHCR di Malaysia oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad seperti dilaporkan media baru-baru ini. 

Saifuddin berkata Malaysia pula perlu memberi jaminan kepada komuniti antarabangsa bahawa ia mampu untuk menguruskan kehadiran pelarian dan pencari suaka dengan lebih baik, kemas dan sistematik daripada yang dilakukan UNHCR. 

Beliau berkata penutupan pejabat UNHCR juga tidak mengubah pendirian Malaysia dari segi kemanusiaan terhadap golongan berkenaan, yang boleh dilihat daripada sikap negara terhadap pelarian walaupun Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian. 

"Walaupun kita tidak meraktifikasi konvensyen itu, tetapi kita sangat berperikemanusiaan dan memberi bantuan sebaiknya bermula daripada (pelarian) Vietnam pada tahun 70-an sampai ke hari ini, yang ramai datang dari Myanmar, selain dari negara lain seperti Palestin dan Syria," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad