web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Wang Itu Hadiah Daripada Suami dan Mentua, Tidak Dikenakan Cukai' - Nooryana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 2:35PM

Nooryana Najwa Najib - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nooryana Najwa, anak kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan wang RM10.3 juta yang didakwa gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah pemberian ‘tidak bercukai’ daripada suami dan mentuanya.

Sambil meluahkan perasaan lega di Instagram berhubung keputusan LHDN menarik balik rayuan secara rasmi ke atas kes cukainya itu, beliau berkata, dakwaan itu sememangnya langsung tidak masuk akal.

“Kami sudah pun menyelesaikan kes cukai saya, selepas ejen cukai dan LHDN meneliti kes saya dan bersetuju wang hantaran serta elaun daripada suami, selain sebuah rumah dibeli sepenuhnya mentua saya, menggunakan dana dari luar negara, tidak dikenakan cukai,” katanya.

Nooryana berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessibayev.

Pagi ini media melaporkan, kerajaan melalui LHDN menarik balik rayuan tanpa kos ke atas kes terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan yang didakwa tidak dibayar antara 2011 dan 2017 berjumlah RM10.3 juta.

Menurut peguam Nooryana, Wee Yeong Kang, notis pemberhentian bagaimanapun difailkan Isnin lalu oleh LHDN.

“Alhamdulillah… hari ini, LHDN secara rasmi menarik balik rayuan mereka terhadap kes cukai saya.

“Ia tidak pernah berlaku dan tidak masuk akal,” katanya di Instagram.

Nooryana berkata, beliau sudah memenangi kesnya di peringkat mahkamah tinggi pada Ogos 2020, tetapi LHDN membuat rayuan.

Dia juga menyamakan kes dihadapinya dengan kes sama dikenakan terhadap bapanya sebanyak RM1.7 bilion, membabitkan cukai tidak dibayar, dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal’.

“(Ia adalah) objektif tunggal kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, iaitu untuk menganiaya keluarga saya menggunakan LHDN, walaupun ia bermakna melanggar semua undang-undang dan peraturan, dengan menyalahgunakan klausa ‘bayar dulu, cakap kemudian’. – The Vibes, 5 Oktober 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar