web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Patut Laksana GEG Arak dan Judi, Sebelum Haram Rokok, Vape

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 7:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan Dasar Generasi Penamat (GEG) bagi arak dan judi terlebih dahulu, sebelum mengharamkan rokok serta vape kepada generasi akan datang.

Menurut Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pelaksanaan GEG arak dan judi itu juga perlu menggunakan hujah sama dengan pengharaman rokok serta vape, iaitu demi kesihatan rakyat.

“Sebagai sebuah negara Islam, langkah pertama patut dibuat adalah mengharamkan arak dan judi kerana ia ditegah di sisi Islam.

“PPIM sebagai sebuah entiti yang memperjuangkan pengguna Islam di Malaysia juga mahu melihat generasi masa hadapan, beragama Islam terutamanya, tidak kenal apa itu arak dan judi,” katanya menerusi kenyataan.

Nadzim berkata, sebagai negara Islam, sewajarnya aktiviti tidak bermoral, seperti perjudian, kelab malam, rumah urut dan arak tidak patut ada di Malaysia.

“Seeloknya kerajaan haramkan itu terlebih dahulu. Kita tahu, kesemua itu haram di sisi agama Islam, tetapi ia masih ada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melaksanakan GEG, dengan melarang generasi yang lahir pada tahun 2007 untuk membeli, memiliki dan menghisap rokok atau vape.

Namun, tegasnya, adalah janggal bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, mengharamkan rokok dan vape, tetapi tidak arak serta judi.

Susulan itu, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan produk terbabit daripada generasi masa depan.

“Sekiranya ia dilarang mengikut undang-undang sivil menerusi polisi seperti GEG ini, Malaysia menjadi negara Islam dihormati dunia.

“Jika kerajaan melaksanakan GEG bagi arak, judi, kelab malam dan sebagainya, saya yakin ramai rakyat Malaysia akan menyokongnya, tidak kira bangsa serta agama.

“Tujuan utama kerajaan mahu melaksanakan GEG adalah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan mengurangkan penyakit berkaitan rokok dan menjimatkan kos kesihatan negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan melahirkan GEG, membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007 dan dijangka berkuat kuasa pada 2025 jika diluluskan.

RUU itu sebagai usaha tepat kerajaan dalam menamatkan tingkah laku berisiko dan memberi perlindungan kepada generasi baharu daripada produk tembakau bagi generasi masa depan. - Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

12 Lelaki Dicekup, Leka Main Judi ‘Pai Gow’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembekuan Lesen Baharu Jualan Minuman Keras: Tiada Pemansuhan Dibuat - DBKL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini