web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penglibatan Wanita Sebagai Pelaku Rasuah Membimbangkan, Makin Meningkat - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:46AM

Berdasarkan statistik, seramai 824 wanita ditahan oleh SPRM dan daripada jumlah itu 356 dituduh di mahkamah bagi tempoh 2017 hingga Ogos lepas. - Gambar hiasan AFP 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bilangan kes-kes rasuah yang melibatkan pelaku wanita semakin meningkat sejak kebelangan ini dan keadaan itu amat membimbangkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata berdasarkan statistik, seramai 824 wanita ditahan dan daripada jumlah itu 356 dituduh di mahkamah dalam tempoh 2017 hingga Ogos lepas. 

“Rata-rata mereka yang dituduh adalah mereka yang mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti.

Secara terperinci seramai 308 wanita ditahan bagi kes tuntutan palsu; 249 (menerima rasuah); 90 (memberi rasuah) dan 82 (salah guna kuasa) manakala selebihnya melibatkan kesalahan lain berkaitan rasuah.

“Rata-rata mereka yang dituduh adalah mereka yang mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti.

“Masa mula-mula zaman saya masuk kerja dalam BPR, dalam masa setahun pun, susah hendak tangkap walaupun seorang wanita. Rasuah adalah mengenai orang yang mempunyai kuasa, orang yang telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan amanah. Jadi mereka ini diberikan tanggungjawab,” katanya semasa temu bual di sini.

Azam Baki
Azam Baki

SPRM ditubuhkan pada 1 Oktober 1967, dengan dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum menjadi suruhanjaya bebas pada 2009 dengan dikenali sebagai SPRM.

Bercakap mengenai undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik, Azam berkata perkara itu perlu disegerakan bagi memastikan ahli dan parti politik mengisytiharkan dana yang diterima mereka sama ada dari dalam atau luar negara dan punca dana itu diperoleh.

Beliau berkata takrifan mengenai pembiayaan politik yang sah atau tidak bergantung kepada takrifan yang dipersetujui dalam rang undang-undang dan ia berbeza antara satu negara dan negara lain.

Bagaimanapun, Malaysia belum mempunyai undang-undang dan peraturan pembiayaan politik, justeru bukan satu jenayah bagi ahli politik dan parti politik untuk menerima pembiayaan politik dan derma persendirian.

Ini bermakna mana-mana ahli politik atau parti politik boleh menerima sumbangan politik daripada perbadanan atau individu, dengan syarat wang itu bukan daripada sumber haram (tetapi) isu itu menjadi jenayah jika dapat dibuktikan bahawa ahli politik yang menerima dana itu berada dalam kedudukan untuk membalas budi kepada pemberi derma berdasarkan jawatan ahli politik itu, katanya.

Azam berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada masyarakat yang meminta SPRM menyiasat entiti-entiti politik yang dikatakan menerima dana berbentuk rasuah.

“Kami siasat dan bukan kami tidak siasat apabila dilaporkan tapi banyak kes berakhir dengan tiada tindakan pertuduhan. Mereka (orang awam) yang melaporkan tidak berpuas hati...apabila tiada akta (khusus) ini maka kami mengklasifikasikan sebagai tindakan menerima suapan atau menerima rasuah,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad