web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shafee Nafi Najib Terima Layanan Istimewa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 9:54PM

Muhammad Shafee Abdullah turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Najib diberikan bilik kelas pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menafikan dakwaan pihak-pihak yang mengatakan bekas perdana menteri yang sedang menjalani hukuman penjara itu menerima layanan istimewa disebabkan keadaan kesihatannya.

Ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan kes rasuah RM2.2 bilion Najib melibatkan 1Malaysia Development Bhd; Muhammad Shafee berkata anak guamnya itu menerima layanan yang sama seperti banduan lain.

Peguam itu turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Najib diberikan bilik kelas pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), dan berkata beliau yang telah melawat anak guamnya itu semasa dirawat di hospital berkenaan mendapati bilik yang diberikan adalah bilik standard sahaja.

“Tidak, (dakwaan itu) bohong semata-mata, langsung tidak berasas, ia adalah bilik standard bagi pesakit dalam kalangan banduan yang memerlukan rawatan sedemikian, itu (bilik) yang diberikan kepada dia (Najib), saya sendiri melihatnya.

"Jadi apa yang layanan istimewanya? Saya tidak faham. Tak ada (istimewanya),” katanya.

“Tak ada. Mungkin dari segi makanannya, disebabkan ulser, ya, mereka tidak boleh berikan dia makanan yang pedas, tidak boleh berikan makanan berminyak,” tambahnya.

Ditanya sekiranya Najib mendapat makanan dari luar (penjara), Shafee berkata keluarga Najib sendiri tidak dibenarkan membekalkan makanan kepada Najib kerana dietnya perlu dipantau, disebabkan keadaan kesihatannya.

Beliau berkata tekanan darah Najib masih tinggi, dan pihak berkuasa penjara sedang memantau dietnya.

Pada 21 September lepas, Jabatan Penjara mengesahkan Najib dimasukkan ke HRC untuk rawatan susulan, dan akan kembali ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebaik sahaja dia selesai dengan rawatannya.

Najib, 69, dimasukkan ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lepas setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar