web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Percutian Dalam Negara Masih Dapat Permintaan Tinggi - Tourism Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 5:33PM

Tourism Malaysia berharap Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia dapat meningkatkan semula permintaan terhadap sektor pelancongan domestik negara, selain menjana ekonomi menerusi pelancongan - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Percutian dalam negara masih menerima permintaan tinggi, disebalik trend orang ramai dikatakan memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata menerusi Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia yang telah dilaksanakan di beberapa lokasi, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pempamer terlibat.

“Selepas kerajaan memberi kelonggaran, kita dapati permintaan terhadap pelancongan domestik semakin tinggi, khasnya semasa cuti sekolah dan cuti-cuti am.

“Hari ini kita bawa pempamer yang menawarkan pakej-pakej yang menarik dan harga yang berpatutan, kita dapati setiap kali promosi sambutan yang diterima memang sangat baik, kerana pakej yang ditawarkan menarik dan murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata menerusi penganjuran jerayawara itu, Tourism Malaysia berharap dapat meningkatkan semula permintaan terhadap sektor pelancongan domestik negara, selain menjana ekonomi menerusi pelancongan.

Jerayawara selama tiga hari itu bermula semalam hingga esok, bertujuan meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.

Seramai 24 penggiat industri mengambil bahagian dalam program jerayawara berkenaan, bagi menawarkan pakej percutian, tambang dan tiket masuk pada harga menarik melibatkan pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad