web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Optimis Capai Sifar Miskin Tegar Pada 2025 - Mustafa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 7:00AM

Mustapa Mohamed berkata sehingga 15 September lepas, terdapat seramai 130,709 orang miskin tegar dan usaha telah dijalankan bagi membantu golongan berkenaan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Kerajaan optimis dapat mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keyakinan itu berdasarkan kesungguhan kerajaan meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi membantu golongan itu keluar dari garis miskin tegar.

Beliau berkata projek rintis di 80 lokaliti telah pun selesai bagi fasa pertama tahun ini, manakala sebanyak 110 lokaliti terlibat bagi fasa kedua projek itu yang akan bermula pertengahan Oktober ini dengan sasaran membantu kira-kira 5,000 ketua isi rumah.

"(Sehingga 15 September lepas) Terdapat seramai 130,709 orang miskin tegar. Kita yakin ia akan berkurangan, kita harus ada cita-cita dan mampu capai yang Malaysia sebagai sebuah negara banyak sumber seperti jabatan dan kerajaan negeri yang akan bersama-sama membantu mencapai hasrat ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Transformasi Komuniti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di sini, semalam yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Mohamad Haris Kader Sultan.

Mustapa berkata pihaknya akan membuat pemantauan rapi setiap bulan terhadap pelaksanaan projek rintis itu supaya pendapatan golongan sasar berjaya ditingkatkan. 

Selain itu, Mustapa menyarankan pengusaha pelancongan mempromosikan produk mereka dengan lebih agresif dan kreatif dalam usaha menarik minat pelancong tempatan bercuti dalam negara sekali gus dapat meningkatkan aliran wang dalam negara.

Beliau berkata ini kerana pada masa ini dilihat rakyat Malaysia lebih cenderung untuk melancong ke negara luar terutama ke negara jiran seperti Thailand.

"Situasi ini menjadi satu cabaran buat kerajaan dan pemain industri pelancongan untuk lebih agresif dalam mereka membuat promosi...trend ini akan merugikan kita kerana aliran wang keluar akan lebih tinggi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad