Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Jamin Kebajikan Rakyat Terjaga Jika PRU-15 Di Musim Banjir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 7:02AM

Keadaan sebuah rumah yang dihanyutkan banjir di Hulu Langat, Disember tahun lepas. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi jaminan kebajikan rakyat kekal terpelihara, sekiranya berkeras mahu melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim banjir.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan memandang serius perkara itu berikutan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), bahawa Malaysia akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang boleh membawa kepada banjir besar.

 Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Menurut beliau, seharusnya ramalan itu menjadi garis panduan kepada pelbagai pihak agar berhati-hati sebelum membuat keputusan membubarkan Parlimen.

“Kena ada justifikasi kuat atau perancangan tambahan terhadap negeri yang berkemungkinan banjir sekiranya mahu bubarkan Parlimen tahun ini. Sekiranya tidak diteliti sepenuhnya, akan timbul isu di kemudian hari. Kerajaan perlu pandang serius jangan hanya semata-mata untuk politik.

“Perdana Menteri kena beri jaminan agar rakyat boleh menerima sebab apa kerajaan melaksanakan PRU ketika musim banjir. Kaji ia secara menyeluruh kerana banyak pihak khususnya rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus lumus menghulurkan bantuan setiap kali berdepan musibah itu,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Adalah tidak logik PRU diadakan pada musim banjir terutama ketika rakyat dilanda kesusahan. - Gambar fail
Adalah tidak logik PRU diadakan pada musim banjir terutama ketika rakyat dilanda kesusahan. - Gambar fail

Bagaimanapun, Hussain berpandangan, tidak sewajarnya kerajaan khususnya Perdana Menteri mendengar desakan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sanggup meredah banjir bagi menghadapi PRU15.

Pada masa sama, beliau berkata, Ismail Sabri ketika ini juga mendapat sokongan kukuh daripada parti kerajaan dan pembangkang bagi memegang jawatan Perdana Menteri.

“Perlu fikir tarikh sesuai kerana musim banjir jika diadakan PRU akan memberi persepsi negatif rakyat kepada kerajaan. Kalau nak bubarkan pada hujung tahun lebih baik ditangguhkan aga rakyat selesa membuat pilihan.

“Setakat ini juga, tiada Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tarik diri terhadap Ismail Sabri sehingga kerajaan jatuh dan Parlimen terpaksa dibubarkan. Perdana Menteri masih dapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi, jika difikirkan, nak buat PRU musim hujan tak sesuai kerana menyukarkan sebahagian rakyat,” katanya.

Dr Junaidi Awang Besar
Dr Junaidi Awang Besar

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar berkata, pelaksanaan PRU pada penghujung tahun bukan perkara baharu kerana pernah dilakukan sebelum ini pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 1999.

Sekiranya mahu direalisasikan, menurut beliau, kerajaan perlu memperkasakan kolaborasi bersama pihak berkuasa untuk siap siaga sepenuhnya, agar sebarang permasalahan tidak ‘tercipta’ sekiranya PRU dilakukan ketika musim banjir.

“Dr Mahathir pernah buat PRU pada 1999 pada November iaitu musim banjir namun ketika itu ada tak rakyat mengamuk? Tiada dan rakyat turun macam biasa. Malah, ketika itu PAS boleh menang di Kelantan.

“Jadi, tidak boleh lagi guna alasan banjir sebab pernah buat dah pun. Kita jangan lagi samakan seperti ketika COVID-19 sedangkan banyak negara buat PRU ketika menghadapi wabak tersebut,” katanya.

Penganalisis berpendapat jika pembubaran Parlimen dilakukan pada musim banjir maka ia akan memberikan imej negatif kepada kerajaan. - Gambar fail
Penganalisis berpendapat jika pembubaran Parlimen dilakukan pada musim banjir maka ia akan memberikan imej negatif kepada kerajaan. - Gambar fail

Mengulas lanjut, Junaidi Awang yang juga Pensyarah Geografi Pilihan Raya UKM berkata, desakan daripada Ahmad Zahid secara jelas membuktikan UMNO dan BN mahu mendapatkan mandat kukuh selepas ‘muak’ dengan pelbagai ragam daripada parti komponen dalam kerajaan ketika ini.

“Ini soal kuasa, bagaimana dia (Ahmad Zahid) nak cepat mandat kukuh tanpa ada parti lain disebabkan ekonomi ketika ini tidak baik, rakyat bergelut dengan harga barang naik, kestabilan peluang pekerjaan serta inflasi semakin naik.

“Pihak yang mahu tangguh PRU sehingga Julai 2023 secara peribadi saya berpandangan, hanya mahu mengekalkan gaji dan elaun mereka sebagai wakil rakyat serta Menteri. Sebab itu dia gunakan alasan ekonomi tidak stabil, banjir yang akhirnya menjadi keuntungan peribadi,” katanya.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik dari UKM, Dr Jamaie Hamil berpendapat, desakan Ahmad Zahid membuktikan betapa pemimpin kemaruk kuasa sehingga dilihat tidak peduli terhadap kesusahan rakyat sewaktu menghadapi bencana banjir.

Bagaimanapun beliau berkata, kenyataan itu merupakan pandangan peribadi daripada Presiden UMNO yang dilihat bersesuaian untuk dilontarkan berikutan Ahmad Zahid tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet ketika ini.

“Beliau bukan ada jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan tidak terlibat dalam pengurusan negara. Jadi, ia agak bersesuaian yang boleh dikatakan macam BN pembangkang sebab itulah kerjanya yang akan mendesak walaupun keadaan tidak mengizinkan.

“Memang tidak logik nak adakan PRU waktu banjir kerana rakyat sedang menghadapi kesusahan. Ada rakyat kehilangan tempat tinggal sehingga terpaksa berpindah ke tempat lain. Ini seolah-olah menampakkan pemimpin itu nak kuasa cepat tanpa peduli sekalipun apa keadaan sedang berlaku.

“Inilah yang dinamakan politik ‘matlamat menghalalkan cara’, tak kisah apa terjadi yang penting tujuan dan kehendak politik mereka tercapai,” katanya. - Getaran, 23 September 2022.

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Pendidikan 13 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam