web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Dapat Cuti Tanpa Rekod Kerja Amal 5 Hari Setahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 1:58PM

Penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat akan diberikan cuti tanpa rekod maksimum selama lima hari. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan cuti tanpa rekod maksimum lima hari setahun kepada penjawat awam yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat melalui pertubuhan diluluskan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah menerusi pekeliling yang dikeluarkan Selasa lalu memaklumkan, kemudahan itu diberikan bagi menggalakkan penjawat awam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat.

Menurut beliau, penambahbaikan peraturan berkenaan dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.5.5.7 berkuat kuasa kelmarin.

Katanya, kemudahan tersebut turut diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak.

“Pemakluman ini dipanjangkan kepada semua pihak berkaitan termasuk Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Buat masa ini, kemudahan cuti tanpa rekod yang diperuntukkan untuk penjawat awam termasuk tiga hari bagi kematian ahli keluarga termasuk ibu bapa mertua, 90 hari cuti bersalin, tujuh hari cuti untuk bapa (bagi isteri bersalin) dan 15 hari khusus untuk guru.

Mohd Shafiq berkata, kemudahan tersebut hanya terpakai bagi aktiviti khidmat masyarakat di dalam negara sahaja.

“Kemudahan ini tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

“Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am,” katanya.

Jelas beliau lagi, permohonan cuti tanpa rekod itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

Malah katanya, kelulusan kemudahan tersebut tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan atas kepentingan perkhidmatan.

“Penggunaan kemudahan ini juga dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan,” katanya. – Getaran, 22 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad