web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AGC Perlu Mohon Perintah Hapus Layanan Istimewa Untuk Najib - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 9:07AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kuasa untuk memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk menarik sebarang layanan istimewa yang mungkin diberikan kepada banduan.

Peguam Kanan, M. Visvanathan berkata demikian sebagai menjawab dakwaan bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi layanan istimewa oleh pihak penjara sejak beliau memulakan hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan terhadapnya, bulan lepas.

“Mahkamah hanya boleh bertindak sekiranya ada permohonan oleh AGC. Jika AGC terus membisu mengenai isu tersebut, maka setakat itu sahajalah.

"AGC mesti melihat isu itu dan mengatakan ia melanggar prosedur penjara. Kemudian ia boleh dikemukakan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah tersebut,” katanya kepada The Vibes.

Jika ia gagal, Visvanathan, yang merupakan pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Menghapuskan Kematian dan Penderaan dalam Tahanan Bersama (EDICT) berkata, tindakan sivil juga boleh dimulakan sebagai sebahagian daripada kes kepentingan awam.

“Mungkin seseorang yang pernah dipenjarakan merasakan Najib dilayan secara berbeza daripada orang lain. Dia boleh memfailkan ke mahkamah menuduh Najib diberi layanan istimewa.

“Jika ada sesiapa yang bersedia untuk membawa perkara itu, saya akan menawarkan diri saya untuk menjadi peguam mereka,” katanya.

The Vibes telah menghubungi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mendapatkan komen tetapi masih belum menerima maklum balas.

Sejak Najib dipenjarakan, pelbagai pihak menuduh Jabatan Penjara memberi layanan istimewa kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Antara lain, ramai yang mempersoalkan tentang bagaimana mantan Perdana Menteri itu boleh bergerak tanpa digari, manakala ada yang menuduh beliau diberi akses kepada akaun media sosialnya, melalui pelbagai hantaran dibuatnya walaupun berada di dalam penjara.

Semakan di Facebooknya mendapati sebanyak 32 hantaran telah dimuat naik dalam akaunnya sejak beliau dipenjarakan pada 23 Ogos lalu.

Dakwaan tersebar di media sosial mengenai bagaimana Najib, yang kononnya diberi kod nama "Merpati", dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk mendapatkan akses yang lebih baik kepada pelawat dan sel penjaranya telah diubah suai.

Jabatan Penjara pada 24 Ogos lalu iaitu sehari selepas Najib dipenjarakan, menafikan khabar angin bahawa pemimpin UMNO itu diberi layanan VIP.

'Tidak syak lagi layanan istimewa untuk Najib'

Bagi Visvanathan, di sebalik penafian itu, tidak ada keraguan tentang keistimewaan diberikan kepada Najib, dengan hantaran di media sosial dan tangannya yang tidak bergari menguatkan lagi dakwaan tersebut.

“Selama 20 tahun saya bergelar peguam, saya tidak pernah melihat sesiapa datang ke mahkamah memakai jaket dan bertali leher. Jika sesiapa mempersoalkan perkara ini, saya boleh membawa mereka ke mana-mana mahkamah di dalam negara ini. Anda tidak akan menemuinya.

“Selain itu, mereka boleh berhujah bahawa orang lain menyiarkan di media sosial bagi pihak Najib, tetapi bagaimana maklumat itu berkaitan dengan mereka? Untuk menghantar surat dari penjara itu sendiri memerlukan anda melalui proses penapisan dan kelulusan yang panjang dan membosankan,” katanya. 

Bagaimanapun, Visvanathan berkata, isu itu bukan terletak pada Najib, sebaliknya pihak penjara kerana gagal menegakkan undang-undang, mempersoalkan jika ada tangan tersembunyi dalam kerajaan mengarahkan jabatan itu memberi kelonggaran tertentu. 

Mantan Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir Bhaskaran turut menyatakan bahawa bidang kuasa untuk memastikan layanan sama rata terhadap semua banduan adalah terletak di tangan pihak berkuasa penjara.

Beliau menegaskan semua banduan hendaklah dilayan sama rata, tanpa mengira pangkat seseorang. 

Satu-satunya pengecualian, katanya, adalah apabila seseorang memerlukan rawatan perubatan atau mempunyai risiko keselamatan, dengan syarat mereka boleh dipisahkan daripada banduan lain. 

“Jadi ya, beliau boleh tinggal di hospital, atas alasan kesihatan. Tetapi selain itu, tiada keistimewaan lain boleh diberikan kepadanya, walaupun untuk menggunakan telefon bimbit atau menikmati makanan dari luar.

“Adalah menjadi tugas pegawai penjara untuk memastikan perkara ini ditegakkan,” katanya.

Najib memulakan hukumannya bulan lalu di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya terhadap kesemua tujuh pertuduhan dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd. – The Vibes, 22 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar