web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pergiat Usaha Selamatkan Mangsa Penipuan Kerja Di Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 7:02AM

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan itu dibawa pulang dengan selamat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus mempergiat usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan jumlah keseluruhan laporan kes sindiket penipuan yang diterima sehingga hari ini ialah 301 melibatkan negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 168 orang telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air. Selain itu, 34 orang sedang ditahan di depoh tahanan imigresen manakala baki 99 lagi masih dikesan oleh pihak berkuasa negara berkenaan,” menurut kenyataan itu. 

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa Jawatankuasa Khas pelbagai agensi diketuai Kementerian Luar akan diwujud bagi memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan itu dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand kerana menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad