web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Guna Kekalkan Muhyiddin Jika Cadangan Tak Diendahkan? - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 6:51PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kewajaran untuk mengekalkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dipersoalkan, selepas cadangan diberikan beliau menerusi majlis itu tidak diendahkan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin telah melahirkan kekecewaan kerana cadangannya untuk lanjutan moratorium pinjaman bank bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta menangani kekurangan pekerja asing, terutama dalam industri minyak sawit tidak diendahkan. 

“Ini membenarkan hujah Pakatan Harapan (PH) bahawa kekurangan buruh akibat ketidakcekapan menteri telah mengakibatkan unjuran kerugian industri minyak sawit sebanyak RM28 bilion tahun ini, iaitu peningkatan daripada RM21 bilion tahun lepas.

“Apa gunanya mengekalkan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN jika cadangan beliau dan MPN tidak diendahkan dan diketepikan,” katanya. 

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menyarankan agar Perdana Menteri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

“Barisan Nasional (BN) sedang menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan. Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.

“Tetapi, saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” kata Presiden BERSATU itu di Facebook.

Sementara itu menjawab kenyataan Muhyiddin, Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, jika benar kerajaan gagal menguruskan ekonomi seperti didakwa, BERSATU turut 'menyumbang' kepada situasi tersebut.

Perdana Menteri mengingatkan, Kabinet ketika ini turut dianggotai beberapa pemimpin BERSATU.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata, Ismail Sabri boleh menghentikan ketidakstabilan yang disebabkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dengan meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MPN kerana mempersendakan kegagalan Perdana Menteri menguruskan ekonomi negara. 

Jelasnya, tiada guna mereka saling menuding jari atas kegagalan menguruskan ekonomi dengan baik.

“Ismail Sabri perlu membuat keputusan sebelum bulan depan, sama ada tunduk kepada tekanan dan kepentingan politik UMNO yang menggesa PRU dilakukan ketika musim tengkujuh tahun ini, tetapi dia mesti melakukannya daripada kedudukan yang kuat serta berkuasa, bukan dengan kerajaan yang berpecah-belah,” katanya. - Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam