Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Doktor Kehormat Hanya Boleh Dianugerahkan IPT, Bukan NGO – Dr Husaini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 3:47PM

KPT menegaskan anugerah doktor kehormat hanya boleh dianugerahkan oleh IPT yang diiktiraf dan bukannya oleh mana-mana NGO. - Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Anugerah doktor kehormat kepada mana-mana individu hanya boleh diberikan institusi pengajian tinggi (IPT) diiktiraf, bukan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil maklum aduan melibatkan penganugerahan doktor kehormat kepada individu tertentu dengan mengguna pakai gelaran Doktor. 

“KPT mendapati bahawa aduan ini adalah isu berulang dan pemeriksaan lanjut sudah dilakukan. Siasatan mendapati penganugerahan Honorary Doctorate Award diberikan berdasarkan sumbangan sosial individu bagi mengiktiraf jasa atau kecemerlangan, dan bukan berdasarkan pencapaian akademik. 

“KPT ingin tegaskan bahawa ia hanya boleh dianugerahkan oleh IPT yang diiktiraf dan bukannya oleh mana-mana NGO. Laporan polis juga sudah dibuat berhubung perkara ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Selangor, Dr R Siva Prakash mendedahkan, wujud segelintir NGO yang menawarkan gelaran doktor kehormat dengan bayaran tertentu. 

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas penyerahan memorandum yang memohon tindakan segera kementerian berhubung isu tersebut.

Menurut Husaini, orang awam diminta sentiasa peka dan berhati-hati terhadap penawaran ijazah Doktor Kehormat oleh NGO atau persatuan tertentu, yang kononnya diberi berdasarkan sumbangan ke atas pembangunan negara dan tanggungjawab sosial korporat dalam komuniti atau jalinan diplomatik di peringkat antarabangsa.

“Mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), tafsiran ‘Pengajian Tinggi’ membawa maksud ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran kursus pengajian yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat dengan jayanya mengikuti kursus pengajian itu. 

“Tafsiran Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menggariskan, kelayakan akademik adalah sijil, diploma atau ijazah dianugerahkan oleh pihak berkuasa yang kompeten dan penganugerahannya mengesahkan seseorang telah berjaya melengkapkan pengajian pada standard tertentu, iaitu bermula dengan sijil (tahap 1) hingga Ijazah Kedoktoran (tahap 8),” katanya. – Getaran, 21 September 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran