web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor Kehormat Palsu, KPT Digesa Ambil Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 1:35PM

Dr R Siva Prakash (dua dari kiri) bertemu dengan wakil KPT untuk menyerahkan memorandum berhubung isu pemberian gelaran doktor kehormat oleh NGO tertentu di Putrajaya. - Gambar oleh Sofian Baharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dengan bermodalkan RM480, sesiapa sahaja didakwa boleh memperoleh gelaran doktor kehormat daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kesemua NGO tersebut dikatakan berselindung di sebalik perkhidmatan sosial, persatuan seni dan budaya untuk menjerat mangsa menerusi platform media sosial serta ejen. 

Ketua Penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Selangor, Dr R Siva Prakash berkata, NGO terlibat akan menawarkan gelaran doktor kehormat kepada individu tertentu dengan anggaran bayaran sebanyak RM480 sehingga RM8,000. 

“Jika bayarannya RM8,000, ‘majlis penganugerahan’ akan diadakan di hotel. Ada juga penglibatan ejen dengan jumlah bayaran boleh meningkat kepada RM2,000 berbanding RM800 sebelumnya.

“Ramai yang telah menjadi mangsa termasuk ejen insurans dan pempengaruh media sosial. Selepas saya bawa isu ini, saya juga mendapat maklum balas daripada mereka yang hampir terperangkap,”  katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Susulan insiden, beliau hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mendesak tindakan segera.

Memorandum terbabit telah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi.

Siva Prakash berkata, aktiviti seumpama itu menjejaskan imej sistem pendidikan dan mencabar undang-undang negara. 

“Jika isu ini tidak ditangani, ia akan memberi mesej yang salah kepada generasi masa depan, sebagai contoh, wujud persepsi semua orang boleh membeli gelaran doktor kehormat pada bayaran tertentu. 

“Pada masa sama, ia dilihat merendahkan kredibiliti sistem pendidikan di Malaysia di mata orang luar dan menggalakkan persepsi yang salah,” katanya. 

Menurutnya, beliau sebelum ini telah beberapa kali menyerahkan surat kepada kementerian dan mendedahkan bukti serta perincian berhubung isu tersebut.

“Saya difahamkan, ijazah palsu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad