web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurubahasa Perlu Beri Layanan Baik Pada Peguam, Orang Awam - Hakim Besar Malaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:06PM

Azahar Mohamed (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peserta selepas merasmikan Mesyuarat Agung (Luar Biasa) Dwi Tahunan kali ke-17 Kesatuan Jurubahasa dan Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Jurubahasa mahkamah diminta memberi layanan baik kepada peguam dan orang awam dalam menjalankan tugas kerana mereka merupakan petugas barisan hadapan serta tulang belakang institusi kehakiman.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed berkata jurubahasa berperanan sebagai duta badan kehakiman kerana berurusan secara langsung dengan peguam dan orang ramai setiap hari yang ingin tahu mengenai status kes mereka.

"Jurubahasa merupakan 'front liner' (petugas barisan hadapan) dalam menguruskan badan kehakiman kerana kami, hakim-hakim tidak bertemu secara langsung dengan peguam serta orang ramai, maka mereka hendaklah menjaga nama baik badan kehakiman.

“Layanlah segala kerenah peguam dan orang awam dengan berhemah serta tidak meninggikan suara dan memberikan reaksi negatif semasa berurusan dengan mereka," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung dwi tahunan ke-17 Kesatuan Jurubahasa-Jurubahasa dan Penterjemah-Penterjemah Kementerian Kehakiman Malaysia Barat di sini hari ini.

Menurut Azahar penterjemahan merupakan tugas hakiki yang perlu dilaksanakan setiap jurubahasa selain banyak membantu dalam penyediaan laporan prosiding mahkamah serta statistik yang berkaitan sehingga ada masanya mengorbankan masa sendiri.

Azahar Mohamed - Gambar Bernama
Azahar Mohamed - Gambar Bernama

Beliau berkata tiada seorang pun majistret atau hakim yang mampu menjalankan perbicaraan tanpa kehadiran jurubahasa.

"Saya juga selaku Hakim Besar Malaya, setiap hari menerima laporan dan statistik daripada jurubahasa untuk saya melihat prestasi setiap mahkamah, majistret, hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi bagi perancangan masa hadapan.

"Ada jurubahasa yang pulang lewat dari mahkamah dan ada yang datang ke pejabat semasa hari cuti untuk menyelesaikan segala urusan pentadbiran. Namun, janganlah bebanan ini dijadikan sebab untuk anda semua patah semangat," katanya sambil berterima kasih kepada setiap jurubahasa atas segala pengorbanan mereka.

Azahar turut mencadangkan setiap jurubahasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat untuk memastikan urusan pengendalian prosiding secara dalam talian bagi kes-kes mahkamah berjalan dengan teratur.

Beliau berkata peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat adalah penting selaras dengan dunia digital kerana badan kehakiman telah menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh secara meluas membabitkan prosiding secara dalam talian di seluruh negara. 

"Oleh itu, setiap jurubahasa memainkan peranan penting untuk memastikan prosiding secara dalam talian dapat dikendalikan dengan lancar dan teratur," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad