web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Kecam Exco Johor Potong Barisan Ketika Kesesakan, Gesa MB Bertindak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:03AM

Insiden itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya menerusi video berdurasi 24 saat yang menyaksikan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam, ‘meredah’ kesesakan lalu lintas di Jalan Tongkang Pechah Batu Pahat - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tindakan kenderaan Exco Johor, Ling Tian Soon memotong barisan dalam kesesakan lalu lintas dengan menggunakan lorong kecemasan ketika melalui Jalan Tongkang Pechah Batu Pahat baru-baru ini, terus mengundang kecaman netizen di media sosial. 

Malah, mereka menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin itu.

Insiden itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya menerusi video berdurasi 24 saat yang menyaksikan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam, ‘meredah’ kesesakan lalu lintas di situ.

 

Lokasi: Batu Bahat, Johor ?? VVIP (EXCO Johor) tak perlu ikut peraturan... Pegawai kanan ( Exco kerajaan negeri Johor) tidak perlu patuhi peraturan jalan raya... #KomunitiJohor

Posted by Komuniti Johor on Wednesday, September 14, 2022

“Makhluk yang sangat tidak bertamadun. Penggubal undang-undang juga pelanggar peratuan…inikah sikap pemimpin yang dipilih...inilah ahli politik ‘cacing longkang’ sebenar,” kata seorang pengguna dikenali Zack di Facebook. 

“Bayar saman pun masuk akaun rakyat Johor...Apa susah? Tugas penting ini,” perli Lim Joe. 

“PDRM lakukan tugas anda...Jangan pilih bulu ataupun (Exco) mungkin ulser perut mahu cari ubat pil chi kit teck aun dengan pantas,” tulis HR Elly Glammwan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Johor, Arthur Chiong menerusi ruangan komen turut menggesa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memandang serius perkara tersebut. 

Jelasnya, kerajaan negeri dan polis tidak boleh membisu dalam memberi penjelasan munasabah atau mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pemimpin tersebut. 

“Setiap individu adalah sama di sisi undang-undang. Paling penting ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya. Mohon ambil tindakan Onn Hafiz .

“Saya harap kerajaan negeri memberi lebih perhatian terhadap isu sebegini apabila rakyat mempersoalkan,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan kenderaan itu dikhaskan penggunaannya kepada Tian Soon.

Beliau menerusi kenyataan kepada Getaran berkata, pihaknya mendapat makluman selepas menerima video tular berkaitan Toyota Camry bernombor pendaftaran JDT 9 berwarna hitam yang memotong barisan.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan berlaku pada jam 9.45 pagi Isnin di Jalan Tongkang Pechah Batu Pahat di sini.

“Pemandu kenderaan dipanggil bagi membantu siasatan pada jam 3.30 petang semalam dan dikenakan saman mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad