web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suasana Hiba Iringi Jasad Mendiang Samy Vellu Selamat Disemadikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 8:39PM

Jasad mendiang Samy Vellu dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, untuk upacara pembakaran. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jasad bekas Presiden  MIC, Tun Dr S. Samy Vellu, yang meninggal dunia semalam, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, dekat sini, pada  kira-kira jam 5.30 petang ini.

Terdahulu, jasad mendiang dibawa menaiki van dari kediamannya di Jalan Ipoh, bermula jam 3.30 petang dan singgah sebentar di Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum tiba di krematorium pada jam 4.28 petang.

Upacara pembakaran di Krematorium DBKL Cheras, petang tadi.
Upacara pembakaran di Krematorium DBKL Cheras, petang tadi.

Suasana hiba menyelubungi upacara selama sejam di krematorium itu yang dihadiri kira-kira 300 orang antaranya ahli keluarga, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran, Ketua Puteri MIC, R. Shaliny, penyanyi tersohor Datuk Dj Dave dan penulis lirik terkenal dari India, R. Vairamuthu. 

Mendiang meninggalkan isteri Toh Puan R. Indrani dan seorang anak perempuam, S. Mangayarkarasi dan anak lelaki, Datuk Seri S. Vell Paari.

Samy Vellu yang dilahirkan pada 8 Mac, 1936, meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi semalam di kediamannya pada usia 86 tahun.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 merupakan antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Vigneswaran, yang kelihatan sebak,menyifatkan mendiang Samy Vellu sebagai seorang ayah dalam kepimpinan parti itu yang tiada galang gantinya. 

"Mendiang telah mendidik kami sejak menjadi anggota Pemuda lagi untuk mengambil alih pimpinan parti dan perjuangan parti demi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat India,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri upacara itu. 

Vigneswaran juga berkongsi sifat kepimpinan bekas Menteri Kerja Raya itu yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan tidak mementingkan diri sendiri malah mendiang adalah seorang insan istimewa. 

Dalam pada itu, beliau berkata satu program yang akan disertai oleh lebih 20,000 orang dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi memberikan penghormatan kepada mendiang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi