web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Libatkan OKU Dalam Rancangan Tindak Balas Krisis Global - Sara Minkara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 7:03AM

Ras Adiba (kanan) menemubual Sara Minkara (kiri) pada Program “Think Differently” di Wisma Bernama, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memandangkan COVID-19 terus memberi impak meluas di seluruh dunia, sehubungan itu mustahak bagi komuniti global untuk melibatkan orang kurang upaya (OKU) sebagai sebahagian daripada pelan tindak balas krisis.

Penasihat Khas Amerika Syarikat (AS) mengenai Hak OKU Antarabangsa, Sara Minkara berkata usaha untuk terus mengumpul OKU dan mendapatkan pandangan mereka mesti dilihat sebagai perkara penting bagi membantu golongan ini menangani cabaran akibat pandemik.

“Secara umumnya, apabila krisis berlaku, sama ada COVID-19, perubahan iklim atau bencana, masalah yang dihadapi OKU berbeza-beza. Dalam banyak keadaan, golongan ini sering tercicir. 

“Usaha kami di sini sekarang adalah bagi memastikan OKU menjadi sebahagian daripada agenda perbincangan dan menimbangkan perspektif mereka. Malah, OKU juga boleh membentangkan beberapa idea dan nilai inovatif yang boleh mereka ketengahkan berhubung bagaimana mereka dapat berdepan dengan krisis.

“Oleh itu, mari kita tangani masalah mereka...pastikan mereka menjadi sebahagian daripada rundingan daripada awal bukan selepas itu,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama selepas muncul dalam program Bernama TV 'Think Differently with Ras Adiba Radzi' di ibu pejabat agensi berita itu, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sara berkata platform media sosial boleh memberi impak bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang pelbagai cabaran yang dihadapi OKU, terutamanya dalam era pasca pandemik hari ini.

Beliau berkata media sosial memainkan peranan besar yang mesti dimanfaatkan untuk mengetengahkan suara, pengalaman dan cabaran OKU. 

“…Cabaran sebenar ialah apabila kami dilupakan dan tidak dihargai. Jadi, bagaimana media sosial dapat membantu menjadi alat penting untuk memastikan masyarakat mendengar suara kami.

“Media sosial juga boleh menjadi alat untuk kami (OKU) menggerakkan orang ramai. Dengan kehadiran semua platform media sosial yang kita ada hari ini, kita benar-benar perlu berfikir secara kreatif untuk mengetengahkannya.

"Memandangkan media sosial menjadi penghubung dan untuk berkongsi sesuatu perkara, saya fikir di sinilah pentingnya bagaimana kita boleh mencipta naratif," tambahnya.

Sara, yang dilantik oleh Presiden AS Joe Biden tahun lalu, kini berada di Malaysia untuk bertemu wakil masyarakat awam, kerajaan dan organisasi antarabangsa bagi membincangkan mengenai menangani cabaran yang dihadapi OKU. 

Sebelum ke Malaysia, beliau mengunjungi Berlin, Jerman, dan menghadiri Sidang Kemuncak Penglibatan Global G7 sebelum ke Thailand. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar