web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Individu Ditahan Terlibat Penipuan Fail APK, Kes Hilang Wang Daripada Akaun Bank

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 9:47PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan melalui penggunaan fail “Android Package Kit” (APK) yang boleh mengakibatkan mangsa kehilangan wang daripada akaun bank mereka.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tiga lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara ketika serbuan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 24 Ogos lepas.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua mereka beroperasi dengan mencipta akaun palsu di laman sembang (chatting) terkenal.

“Mangsa yang ingin berkenalan dengan lebih rapat kemudiannya ditawarkan untuk melihat gambar serta video mereka melalui aplikasi lain yang akan dihantar melalui fail APK.

“Selain itu, mangsa juga dikehendaki untuk membuat pembelian token sebelum boleh mengakses aplikasi tersebut. Aplikasi yang berjaya dipasang akan mengakibatkan berlaku transaksi pengeluaran wang dari akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dan kaitan antara sindiket itu dengan kes penipuan lain masih dalam siasatan.

Noorsiah berkata sebagai langkah pencegahan, orang ramai diseru untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan antaranya tidak memuat turun fail APK yang dihantar terus ke telefon pintar oleh individu yang tidak dikenali.

“Elakkan memuat turun aplikasi APK dari sumber tidak sah atau mencurigakan. Keselamatan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara kerana ia akan menerima SMS ‘One Time Password’ (OTP) daripada pelbagai aplikasi di telefon pintar anda,” katanya.

Beliau berkata untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut, orang ramai boleh menghubungi “CCID Scam Response Center” di talian 03-26101559 atau 03-26101599. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek