web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesal Tindakan Kerajaan, Ahli Parlimen Sepanggar Betulkan Sendiri Jalan Berlubang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 4:27PM

Azis membetulkan sendiri jalan yang berlubang selepas lama menunggu pihak berkuasa membaikinya. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Penat menunggu tindakan kerajaan, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman akhirnya mengambil langkah untuk membetulkan sendiri jalan yang berlubang.

Menerusi hantaran di Facebook, Azis memberitahu telah membeli sebuah mesin kompak, juga dikenali sebagai pemadat plat berfungsi untuk menapis dan mengisi bahan tar di jalan raya.

“Baru-baru ini saya menerima berpuluh-puluh aduan mengenai kerosakan jalan raya dan melihat sendiri video viral yang menunjukkan kerosakan kenderaan disebabkan jalan berlubang di Sepanggar.

“Suka atau tidak, selaku pemimpin maka saya terpaksa mencari penyelesaian kepada isu ini. Ini bukan gerakan untuk meraih undi atau simpati rakyat. Kepada yang sudah lama mengikuti saya di laman Facebook, anda semua tahu bahawa saya bukanlah pemimpin yang turun bermusim hanya apabila pilihan raya semakin dekat. 

Mohd Azis Jamman
Mohd Azis Jamman

Tegas Azis, membaiki jalan rosak bukan tugas Ahli Parlimen Pembangkang kerana ia seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

“Saya telah membangkitkan perkara ini berulang kali, termasuk di Parlimen. Tetapi mereka (kerajaan) negeri mengawal peruntukan dan ia tidak sampai ke saya. 

“Tetapi saya faham kerajaan negeri Sabah mungkin tidak mendapat peruntukan yang mencukupi daripada kerajaan Persekutuan. Kerana itu saya memutuskan untuk bertindak sendiri dengan jentera dan dana yang saya peroleh sendiri,” katanya.

Azis (kiri) membeli sendiri mesin kompak untuk membaiki jalan rosak di kawasannya.
Azis (kiri) membeli sendiri mesin kompak untuk membaiki jalan rosak di kawasannya.

Azis yang juga Ketua Pemuda WARISAN berkata, masalah ini amat serius kerana ia melibatkan pengguna jalan  raya.

Katanya, kemalangan maut yang berpunca daripada kerosakan  jalan raya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira parti politik, agama dan bangsa.

“Ini peranan kita bersama,” tambahnya.

Minggu lalu, Azis telah berjaya mengumpulkan sekumpulan sukarelawan yang menggunakan semburan cat untuk menanda semua kawasan berlubang di sekitar Menggatal dan Inanam.

Beberapa hari kemudian, Jabatan Kerja Raya mula melakukan kerja-kerja pembaikian dan kata Azis,  ini mendorong beliau untuk meneruskan usaha menanda jalan yang berlubang pada masa akan datang.

Baru-baru ini, sebuah video viral di sosial media, memaparkan seorang wanita yang tayar keretanya pancit akibat melalui jalan berlubang di kawasan Telipok.

Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimi semalam turut mengulas dan mengkritik Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kerana dikatakan tidak mengendahkan masalah tersebut.

Rezeef menegaskan bahawa jalan berlubang dan rosak ini menjadi isu di seluruh Sabah, tetapi Bung Moktar yang merupakan  Ketua Umno Sabah dilihat hanya sibuk dengan urusan parti.

“Bung Moktar hanya sibuk dengan kempen ‘gelombang biru’ Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya akan datang. Adakah ‘gelombang biru’ ini akan menutup jalan yang berlubang ini? Di mana tanggungjawab Bung Moktar berkenaan perkara ini,” katanya. – Getaran 14 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar