web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Kapal OPV Masih Dalam Pembinaan, COVID-19 Punca Kelewatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 12:49PM

OPV 1 besar kemungkinan dapat diserahkan kepada pihak APMM pada awal tahun depan. - Gambar dari malaysiandefence.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiga Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sepatutnya diterima pada 2020 masih dalam pembinaan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal OPV itu sedang dalam pembinaan oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.

“Pandemik COVID-19 yang melanda negara turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada APMM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air hari ini masih gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

“Syarikat itu akan mengubah cara pelancaran iaitu daripada ‘Launching Cradle’ kepada sistem pelancaran ‘Air Balloon’ dan ia dijangka direalisasikan pada 10 Oktober ini,” katanya.

Jelas beliau lagi, kapal OPV 1 besar kemungkinan dapat diserahkan kepada pihak APMM pada awal tahun depan sekiranya semua berjalan lancar dan jika pelancaran berkenaan dapat direalisasikan pada tarikh berkenaan.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan mendedahkan timbul tanda tanya mengenai status tiga kapal OPV Maritim Malaysia yang masih belum diterima.

Agensi itu sepatutnya menerima sebuah kapal OPV pada Ogos lalu selepas kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Zubil berkata, dua lagi kapal iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan kepada APMM secara berperingkat.

“Kita berharap agar ketiga-tiga kapal peronda ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak APMM dengan kadar segera walaupun ia sudah dua tahun melewati dari tarikh asal penyerahan.

“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan oleh pihak APMM pada masa kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” katanya. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Berjaya Selamatkan Lebih 1,000 Nyawa Tahun Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi