web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ekonomi, RM Merudum, Tapi Kerajaan Masih Membisu – Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 9:44PM

Anwar Ibrahim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ekonomi dan nilai Ringgit Malaysia (RM) kini sedang berada dalam keadaan merudum, namun keadaan itu tidak dihebahkan kepada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia pernah menerima tempias daripada krisis ekonomi besar melibatkan Thailand, Indonesia dan Korea.

“Apa kita lakukan? Kita adakan mesyuarat perbincangan dan langkah-langkah perlu diambil setiap hari dan memaklumkan kepada rakyat.

“Kini ekonomi Malaysia sedang merundum ketika negara Asia yang lain masih stabil, tetapi tidak ada apa-apa informasi yang diberitahu oleh rakyat,” katanya semasa menghadiri Rapat Mega KEADILAN di sini semalam.

Presiden PKR itu berkata, beliau bagaimanapun memilih untuk ‘tidak bercakap banyak’ apabila perkara itu dibangkitkan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen.

“Saya kalau di Parlimen bila Tengku Zafrul (bercakap), saya malas nak tanya banyak-banyak kerana saya tidak fikir jawapannya itu adalah jawapan sepatutnya disampaikan oleh mana-mana Menteri Kewangan yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Dakwanya, Tengku Zafrul juga kelihatan lebih memihak kepada bank apabila isu pinjaman peniaga kecil dibangkitkan.

“Bila bercakap soal bank, rakyat susah, peniaga-peniaga kecil susah untuk bayar, dia jawab (seolah-olah hendak) mempertahankan bank, bukan peminjam,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan RM dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), iaitu terendah pernah dicatatkan sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ia susulan tindakan pelabur beralih kepada mata wang berkenaan yang diyakini lebih selamat, akibat ketidaktentuan prospek ekonomi global. – Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi