web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Bagi Tempoh 2 Minggu Kepada MRT Corp Bentang Perincian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 9:06PM

Kerajaan negeri tidak menolak segala bentuk kemajuan infrastruktur, namun ia haruslah seiring dengan keperluan masyarakat setempat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memberi tempoh dua minggu kepada Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) untuk membentang perincian berhubung rancangan pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) 3 di Taman Kencana di sini kepada kepada jawatankuasa yang terlibat, sebelum sebarang kata putus dan kelulusan berhubung pembinaannya boleh diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Izham Hashim berkata kerajaan negeri tidak menolak segala bentuk kemajuan infrastruktur, namun ia haruslah seiring dengan keperluan masyarakat setempat.

“Semalam saya mengadakan pertemuan bersama wakil penduduk Taman Kencana bagi menjelaskan kekeliruan berhubung projek MRT-3,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. 

Menurutnya pertemuan itu adalah susulan daripada mesyuarat khas beliau bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor, MRT Corp serta jabatan dan agensi yang terlibat dalam pembinaan MRT-3.

“Saya telah memberi penerangan terperinci, garis masa serta pilihan reka bentuk stesen MRT Taman Kencana kepada wakil penduduk yang terlibat,” katanya. 

Beliau berkata diharapkan hasil pertemuan itu dapat meredakan kekeliruan yang berlaku kepada penduduk Taman Kencana yang terlibat dalam perancangan pembinaan projek berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Izham mendakwa kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan jajaran baharu projek MRT3 yang melibatkan kawasan Taman Kencana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar