web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Pukul Guna Penyangkut Baju, Bapa Pelakon Remaja Dirujuk Ke IPD Shah Alam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 6:18PM

Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata mangsa membuat laporan tersebut minggu lalu iaitu 8 September - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bapa kandung kepada seorang pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditahan minggu lalu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa dia dipukul suspek menggunakan penyangkut baju pada 2014.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mangsa membuat laporan tersebut minggu lalu iaitu 8 September.

“Suspek akan diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan berhubung laporan polis oleh mangsa (anaknya) bahawa dipukul oleh suspek menggunakan penyangkut baju pada tahun 2014 lalu.

“Permohonan reman akan dibuat esok,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Getaran berkata, reman terhadap suspek tamat hari ini.

“Bagaimanapun, dia akan diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut susulan laporan polis yang mendakwa dia memukul mangsa,” katanya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, bapa kandung pelakon remaja perempuan terbabit ditahan pada 6 September kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap anaknya.

Suspek ditahan di kediamannya di Kedah dan polis turut merampas telefon bimbit daripada suspek untuk dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi dianalisa.

Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya.

Dia mendakwa lelaki terbabit melakukan amang seksual, selain turut memperlakukan ibunya dengan buruk. - Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan