web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Ugut Tengku Maimun Hampir Selesai, Tunggu Keputusan Analisa SKMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 4:24PM

Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan analisa Unit Forensik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dijangka diperoleh esok, bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebaik saja keputusan analisa tersebut diperoleh, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan berkenaan bagi merujuknya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Sebelum ini, pasukan siasatan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sudah menghantar siasatan awal kepada AGC pada 22 Ogos lalu namun ada beberapa dapatan baharu diperoleh yang perlu dilengkapkan.

"Dapatan baharu itu membabitkan analisa forensik terhadap laporan ugutan yang dibuat melalui laman media sosial dan laporan portal-portal berita," katanya hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, seramai lima individu sudah dipanggil dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, PDRM sememangnya memandang serius terhadap perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan," katanya.

Pada Ogos lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an di Puchong, Selangor dan merampas satu telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan terhadap Tengku Maimun di media sosial.

Suspek kemudian direman selama empat hari sehingga 23 Ogos lalu dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ.

Kes tersebut disiasat mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad