web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guna Agama Lindungi Pemangsa Seksual Bertentangan Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 4:15PM

Kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual perlu diberi perlindungan lebih baik - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbuatan melindungi reputasi pemangsa seksual menggunakan agama untuk menimbulkan ketakutan dan rasa malu terhadap mangsa adalah bertentangan dengan setiap undang-undang perlindungan kanak-kanak di negara ini.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual perlu diberi perlindungan lebih baik.

Malah beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial menggesa semua pihak supaya tidak berdiam diri mengenai isu tersebut.

“Jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah perbuatan keji. Oleh itu, saya menyokong kenyataan Kumpulan Tindakan Bersama (JAG) untuk Kesaksamaan Gender semalam yang membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan menutup mulut mangsa jenayah seksual.

“Bagaimana pula dengan Akta Anti Gangguan Seksual atau Akta Kanak-Kanak atau Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang baru diluluskan? Apakah jenis mesej dan preseden yang kita tetapkan?” soalnya hari ini.

Azalina Othman Said - Gambar Fail Bernama
Azalina Othman Said - Gambar Fail Bernama

Beliau menyatakan demikian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur tindakan seorang pelakon remaja yang mendedahkan sikap buruk bapanya dalam program broadcast di YouTube baru-baru ini.

Idris berkata, pelakon terbabit sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perbuatan bapanya kepada orang ramai.

Dalam pada itu, menurut Azalina, tiada jumlah pengubahan reputasi boleh memadamkan trauma dialami kanak-kanak mangsa keganasan dan gangguan seksual atau menggelar mereka penipu apabila mendedahkan perkara tersebut.

“Jika sistem struktur sosial berterusan pada tahap tertinggi, ditambah dengan nilai maskulin yang toksik, apakah harapan kita untuk mangsa jenayah seksual, terutamanya kanak-kanak? Sistem ini mengecewakan mereka,” katanya.

Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun itu mengejutkan ramai apabila mendedahkan pernah diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube.

Menerusi temu bual itu, dia mendakwa pengalaman pahit itu telah memberi kesan kepada emosi dan pembentukan dirinya hari ini.

Dia bertindak mendedahkan semua pengalaman hitam itu kerana tidak sanggup melihat ibunya menjadi mangsa dan dipersalahkan orang ramai. 

Polis mengesahkan bapanya sudah ditahan pihak berkuasa di Kedah pada jam 2.25 petang Selasa lalu.

Azalina berkata, kanak-kanak tidak berbohong mengenai kes penderaan seksual dan menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menentukan sebaliknya.

“Oleh itu, apabila pemangsa jenayah seksual adalah ahli keluarga, kesan pelaporan adalah berlipat kali ganda.

“Tanpa campur tangan luar, kanak-kanak itu terperangkap di bawah satu bumbung dengan pelaku dan kelemahannya semakin meningkat,” katanya.

Tambah beliau lagi, platform sedia ada disediakan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual masih tidak mencukupi sehingga hari ini.

Antara platform itu katanya, termasuklah pasukan Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak yang Disyaki (SCAN), Pusat Sehenti Krisis (OSCC), Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11) dan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Apabila bercakap mengenai kanak-kanak, ia adalah aspek yang berbeza. Tidak ada gunanya mempunyai undang-undang tanpa penguatkuasaan dan sistem sokongan yang betul,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Azalina mendedahkan,  Kabinet masih belum memberikan maklum balas mengenai cadangan pelan hala tuju yang dibentangkan pada Julai lalu oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diketuainya.

Katanya, antara cadangan utama jawatankuasa itu adalah untuk membenarkan kanak-kanak mendapat akses yang lebih baik kepada sokongan dan bantuan sepanjang proses keadilan jenayah.

“Mungkin, hadiah terbaik untuk kanak-kanak kita pada Hari Kanak-Kanak Sedunia, 20 November ini ialah komitmen kerajaan untuk menerima pakai pelan hala tuju yang dicadangkan itu.

“Akhir sekali, selepas 65 tahun merdeka, rakyat tidak sepatutnya berdebat mengenai ‘Maruah Keluarga’ dalam apa jua kejadian penderaan kanak-kanak,” katanya. – Getaran, 10 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan