web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Buka Aib Pendera: Kumpulan Hak Wanita Kecam Komen 'Jahil' Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 7:03AM

Idris Ahmad - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang dianggap ‘jahil dan mengelirukan’ berhubung dakwaan dibuat seorang pelakon remaja berusia 15 tahun bahawa dia didera bapanya secara seksual, mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan hak asasi wanita.

Dalam kenyataannya kelmarin, Presiden PAS itu menegaskan, mangsa sepatutnya tidak mendedahkan ‘sikap buruk’ bapanya kepada umum dan media sosial kerana Islam mementingkan untuk seseorang menutup aib.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘tidak bertanggungjawab’, Persatuan Tindakan Semua Wanita mempersoalkan rasional di sebalik apa diperkatakan pemimpin berkenaan.

“Bagaimanakah keganasan (seksual) dan penderaan dikatakan ‘aib’ apabila pelakunya melanggar batas dan maruah anaknya.

“Dengan kenyataannya itu, (Idris) secara tidak langsung membenarkan penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak, sambil seolah-olah ‘mengukuhkan’ norma menyalahkan mangsa, menyebabkan mangsa tidak mahu membuat laporan terperinci dan jenayah penderaan itu berterusan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Vibes.

Pada masa sama, pihaknya menekankan bahawa ‘rasa malu’ dihadapi pelaku tidak boleh dijadikan faktor ketika menangani kes terbabit, memandangkan kebajikan fizikal, mental dan emosi pihak lain, termasuk mangsa berada dalam situasi bahaya.

“Memandangkan kedudukannya (Idris) sebagai menteri sangat berpengaruh dan kata-katanya akan memberi pengaruh besar kepada masyarakat, komen ‘tidak bertanggungjawab’ seperti itu tidak boleh dibuat,” katanya.

Menyuarakan pandangan sama, kumpulan hak asasi wanita muslim, Sisters in Islam, kecewa bagaimana Idris seperti ‘tidak bersalah’ terhadap kenyataannya itu.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah beliau (Idris) boleh ‘lepas tangan’ dengan membuat kenyataan jahil dan berbahaya seperti itu. Mana tanggungjawab seorang pemimpin agama apabila sanggup mengeluarkan kenyataan tidak sensitif seperti itu,” katanya ketika dihubungi The Vibes.

Kumpulan itu juga membidas Idris sebagai ‘tidak bijak’ dalam membezakan antara ‘aib’ dan jenayah, seperti penderaan kanak-kanak yang boleh menyebabkan mangsa mengalami pelbagai masalah kesihatan mental dan fizikal dalam jangka masa panjang.

“Kenyataan Idris bukan sahaja menunjukkan betapa jahilnya dia terhadap perkara itu, tetapi juga sikap menyalahkan mangsa dan menggalakkan perbuatan jenayah ‘disembunyikan’ seperti sememangnya dikehendaki pelaku seksual,” dakwanya.

NGO itu menegaskan, sikap ‘memaksa’ mangsa menyembunyikan pengalaman penderaan dialami mungkin menyebabkan mereka teragak-agak atau takut berkongsi cerita mereka, yang membuatkan pelaku terus galak melakukan jenayah sama, di sebalik tindakan mangsa ‘mengunci mulut’.

Pada Sabtu lalu, pelakon remaja itu menerusi perkongsian di podcast saluran YouTube Bros Gang TV, mendedahkan penganiayaan dialaminya kerana hidup di tangan bapa yang ‘manipulatif’.

Selain mendakwa dia dipaksa menonton video lucah dengan lelaki itu dan beberapa rakan bapanya ketika dia baru berusia lima tahun, dia memaklumkan dipaksa menyaksikan bapanya beronani dan menyentuhnya secara tidak wajar.

Dia berkata, ibunya terpaksa menanggung hutang kewangan bapanya walaupun selepas mereka bercerai, sambil menambah bahawa lelaki terbabit akan menghilangkan diri apabila keluarga memerlukan bantuan.

Pendedahan itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan segelintir mengecam pelakon kanak-kanak terbabit kerana ‘memalukan’ keluarganya, manakala sesetengah memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

Susulan tindakan bapanya, pelakon kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 5 September lalu, mendakwa berdepan penderaan seksual dan pengabaian oleh lelaki berkenaan.

Bapanya ditahan polis keesokannya.

Getaran melaporkan, sebelum ditahan, bapanya meluahkan rasa terkejut berhubung dakwaan dibuat pelakon itu dan turut membuat laporan polis mengenai perkara terbabit.

Dia juga menafikan melakukan perbuatan itu dengan melabelkan dakwaan anak perempuannya sebagai ‘melampau dan gila’. – The Vibes, 9 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad