web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PVIP Malaysia: Kerajaan Kena Waspada Elak Bahayakan Keselamatan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 7:18AM

PVIP Malaysia diperkenalkan baru-baru ini bagi menarik minat hartawan global menetap dan membuat pelaburan di Malaysia. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berwaspada apabila membawa masuk pelaburan dalam kalangan hartawan global menerusi Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, bagi mengelakkan negara menjadi ‘sarang’ aktiviti jenayah antarabangsa.

Menurut Naib Presiden GERAKAN, Baljit Singh, terdapat ramai ahli perniagaan terbabit yang tidak memberikan impak baik.

“Kami menemui cukup banyak taikun global dan didakwa kaya untuk membuat pelaburan dalam negara, tetapi akhirnya mereka hanya memalukan negara sendiri sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, persoalan yang timbul kini adakah Malaysia sudah mengambil semua langkah keselamatan bagi memastikan negara tidak dicap sebagai lokasi untuk ‘orang luar’ melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab.

 Baljit Singh
Baljit Singh

“Adakah kita sudah mempunyai semua langkah untuk memastikan Malaysia tidak dijadikan sebagai pilihan untuk aktiviti tidak bertanggungjawab, termasuk pengubahan wang haram?” soalnya.

Baljit berkata, pelaksanaan PVIP Malaysia tidak perlu tergesa-gesa menjelang 1 Oktober, bukan sahaja bagi memastikan ia mampu memelihara semua kepentingan dan keselamatan rakyat negara ini, malah diteliti sebaik mungkin.

Jelasnya, penelitian itu penting bagi mengelakkan mereka yang mempunyai reputasi dipersoalkan semula.

PVIP Malaysia diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini, bagi menarik minat hartawan global menetap di negara ini dan membuat pelaburan.

Ia terbuka kepada semua peringkat usia dan warganegara, kecuali Israel atau negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia serta boleh dimohon bermula 1 Oktober ini.

Kerajaan menyasarkan seramai 1,000 peserta mendaftar dalam tahun pertama pelaksanaannya dengan anggaran hasil kepada negara sebanyak RM200 juta, selain simpanan tetap RM1 bilion.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, pihaknya menerima 20,000 permohonan menerusi ejen dalam tempoh 24 jam pelancaran fasa pertama PVIP Malaysia, Khamis lalu.

Bagi fasa itu, katanya, kerajaan menetapkan tidak melebihi 25,000 permohonan.

Tambahnya, Kabinet sebelum ini bersetuju pemohon perlu membayar yuran penyertaan RM20,000 sekali sahaja, malah RM100,000 sekali sahaja turut akan dikenakan untuk setiap tanggungan. – Getaran, 8 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad