web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Naikkan Elaun Bulanan Penjawat Awam Di Luar Negara Mulai 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 10:49PM

Ismail Sabri melihat buku Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ketika hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke-9 (HOMC9) di Wisma Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara untuk menerapkan pendekatan lebih kreatif dalam usaha menarik kembali kemasukan lebih ramai pelabur asing ke Malaysia.

"Kita juga harus cakna dalam meneroka serta menarik pelaburan daripada negara-negara yang baharu, terutamanya apabila dunia sedang rancak mencari destinasi pelaburan yang stabil di era pasca-pandemik ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke-9 (HOMC9) yang diadakan secara maya, di Wisma Putra malam ini.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata para perwakilan juga perlu turut memberi fokus kepada pembukaan peluang pasaran kepada produk-produk eksport Malaysia.

"Beberapa bidang tertentu seperti perdagangan, pendidikan dan pertanian perlu diberi penilaian yang menyeluruh ke arah memastikan Malaysia sentiasa di landasan tepat dan tidak ketinggalan dalam dinamik perkembangan global dan cabaran semasa khususnya," katanya.

Ismail Sabri juga menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar memberikan komitmen untuk melaksanakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan membuktikan bahasa ibunda tidak mengekang kemajuan negara.

Beliau berkata usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di persada dunia merupakan dasar kerajaan dan salah satu fokus dalam Kerangka Dasar Luar iaitu Diplomasi Bahasa dan Kebudayaan.

"Saya telah mengarahkan supaya semua urusan surat-menyurat menggunakan Bahasa Melayu, termasuk yang melibatkan urusan luar negara.

"Saya sendiri telah mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin dunia dalam Bahasa Melayu dengan disertakan terjemahan Bahasa Inggeris," katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata beliau turut menggunakan Bahasa Melayu sewaktu penyertaannya dalam pelbagai mesyuarat antarabangsa yang lain.

Beliau berkata kerajaan turut menggalakkan diplomat Malaysia untuk menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.

"Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka berkuatkuasa 1 Januari 2023," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan prihatin dengan peranan penting yang dimainkan Kementerian Luar dan perwakilan diplomatik di luar negara dalam membantu kerajaan mengurus pandemik dan menangani impak negatif.

Beliau berkata semasa dunia berdepan pandemik COVID-19 dan kebanyakan negara satu demi satu menutup sempadan antarabangsa masing-masing dan Kementerian Luar dengan jaringan perwakilan diplomatik telah memainkan peranan penting.

Antaranya memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan aktiviti perdagangan termasuk eksport Malaysia dapat diteruskan, memudahcara perolehan dan juga sumbangan bekalan peralatan perubatan seperti ventilator, alat perlindungan peribadi (PPE) dan bekalan ubat-ubatan yang diperlukan di Malaysia.

Selain itu, perwakilan luar negara juga memudahcara perolehan dan juga sumbangan bekalan vaksin COVID-19 bagi pelaksanaan Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan dan melaksanakan serta memudahcara proses repatriasi rakyat Malaysia yang terkandas susulan penutupan sempadan Malaysia dan beberapa negara lain.

"Hampir 30,000 rakyat Malaysia telah direpatriasi dari 99 buah negara," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata Kementerian Luar serta perwakilan diplomatik Malaysia perlu sentiasa bersedia memainkan peranan lebih aktif supaya hubungan Malaysia dengan negara luar yang sesuai dinaik taraf sama ada ke peringkat perkongsian strategik atau perkongsian strategik komprehensif.

Pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lepas merupakan langkah strategik yang diambil kerajaan untuk menggiatkan semula aktiviti ekonomi, termasuk sektor pelancongan antarabangsa.

"Sehingga kini Malaysia telah pun menerima lebih daripada dua juta pelancong luar dengan menjana pendapatan sebanyak RM8.6 billion," katanya.

Ismail Sabri berkata ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global ketika ini turut menagih agar konsep Keluarga Dunia disebar luaskan lagi di peringkat antarabangsa.

"Sekiranya semua pihak berpegang kepada nilai kekeluargaan dunia dan memikirkan kepentingan bersama, insya-Allah kesefahaman dan keakraban dapat dijalin, dipupuk dan dicapai," katanya.

Beliau berkata walaupun Malaysia sebuah negara kecil tetapi mampu untuk memainkan peranan yang unik dan tersendiri untuk mengingatkan dunia supaya bekerja sebagai sebuah keluarga dalam mendepani cabaran global semasa.

Cadangan bagaimana rukun asas Keluarga Malaysia boleh diterapkan di peringkat global melalui konsep Keluarga Dunia dilontarkan ketika di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-76 pada tahun lepas. - Bernama
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad