web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurusan 1MDB Tidak Beri Maklum Balas Selepas Terima Pinjaman ASS$3 Bilion - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 5:15PM

Kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi polis dan Jabatan Penjara yang membawa Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi sambungan perbicaraan 1MDB. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah memberi sebarang maklum balas, setelah mendapat pinjaman AS$3 bilion yang diterima melalui Surat Sokongan (LOS) yang dikeluarkan kerajaan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata pelbagai usaha dibuat oleh pihaknya untuk mendapatkan maklumat terkini daripada 1MDB, tentang bagaimana wang AS$3 bililion itu digunakan, tetapi tidak pernah dijawab oleh pihak syarikat.

“Saya cuba berhubung dengan pihak pengurusan 1MDB dengan cara komunikasi melalui surat dan panggilan telefon. Pihak saya juga berhubung dengan wakil 1MDB ketika itu, Zahid Taib untuk mereka memberikan maklum balas dan mengemukakan laporan kepada Kementerian Kewangan, tetapi tiada balasan.

“Saya juga mengesahkan tidak pernah melihat dokumen perjanjian usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investment BVI Co, seperti dalam permohonan LOS mereka kepada kerajaan untuk mendapatkan pinjaman US$3 bilion itu,” katanya pada pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-26 itu bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa tindakan 1MDB yang tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai penggunaan US$3 bilion, menunjukkan kelemahan pihak pengurusan syarikat.

Wan Aizuddin: Setuju dengan saya, Datuk tidak boleh mengaitkan kesalahan pengurusan 1MDB kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB? (Kesemua jawatan tersebut dipegang oleh Najib ketika itu).

Siti Zauyah: Seingat saya ada satu surat daripada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB), yang menyatakan pihak pengurusan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai penggunaan wang AS$3 bilion, kerana mereka perlu merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dahulu.

Wan Aizuddin kemudian merujuk Siti Zauyah kepada pernyataan saksinya, yang menyatakan Malaysia kini terpaksa menanggung bayaran balik hutang 1MDB ekoran LOS yang dikeluarkan kerajaan dan ditandatangani oleh Najib selaku Menteri Kewangan pada 2013.

Siti Zauyah mengesahkan beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai perkara itu, tetapi membuat kenyataan berdasarkan ‘hearsay’ daripada pegawai yang bertanggungjawab menguruskan proses LOS itu.

Ditanya lanjut oleh peguam sekiranya saksi pernah melihat sebarang dokumen menunjukkan 1MDB gagal membuat pembayaran semula menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang itu, Siti Zauyah menjawab “saya tidak ingat..tentunya mesti ada bukti sebab itu saya nyatakan (perkataan itu) dalam pernyataan saksi saya”.

Wan Aizuddin: Menariknya anda membuat kenyataan ini “LOS yang ditandatangani oleh Najib selaku Menteri Kewangan”. Adakah anda mengatakan kerajaan perlu menanggung hutang kerana Najib tandatangan LOS, jadi itu salah dia?

Siti Zauyah: tiada komen.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad