Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gagal Jelaskan Hutang PETDAG Dan TNB, Tengku Zafrul Digesa Beri Penjelasan  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 6:32PM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz digesa menjelaskan langkah yang diambil kerajaan, melibatkan hutang yang perlu dibayar kepada Petronas Dagangan (PETDAG) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, sejak Januari hingga Jun 2022, bayaran yang belum diterima oleh PETDAG telah meningkat sebanyak 295 peratus, iaitu daripada RM3.49 bilion kepada RM10.3 bilion.

Menurut beliau, jumlah hutang bersama TNB juga meningkat secara mendadak, daripada RM8.62 bilion kepada RM19.17 bilion.

“Peningkatan ini bersamaan RM1.76 bilion sebulan secara purata, menyebabkan TNB terpaksa membuat hutang jangka masa pendek sebanyak RM11.98 bilion bagi membolehkan kewangan mereka terus bertahan.

“Kegagalan kerajaan menjelaskan kesemua hutan tersebut menyebabkan kedua-dua syarikat ini dijadikan kambing hitam dan dibebani hutang hampir RM30 bilion, sedangkan ia sepatutnya ditanggung oleh kerajaan,” katanya hari ini.

Jelas Chean Chung, kerajaan dilihat seolah sengaja menyembunyikan hutan berkenaan untuk membuatkan kedudukan kewangan negara kelihatan stabil menjelang pembentangan Bajet 2023.

“Situasi ini memeranjatkan dunia korporat, kerana langkah luar biasa tersebut mengganggu kelangsungan serta prospek kedua-dua syarikat besar yang membiayai kehidupan puluhan ribu pekerja dan kontraktor TNB, serta ribuan stesen minyak di bawah jenama PETRONAS,” katanya. – Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita