web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Kajian Calon PhD UM Kini Di Bawah Tindakan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 12:05PM

Dr Noraini Ahmad - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Kes tuduhan yang tular di media sosial oleh seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) antarabangsa yang mendakwa kajiannya diambil penyelia Universiti Malaya (UM) tanpa kebenaran kini di bawah tindakan pihak polis.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihak UM telah membuat laporan polis dan pihaknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkaitan.

"Siasatan diserahkan kepada universiti yang mempunyai autonomi sendiri jadi UM menjalankan siasatan dan membuat laporan polis (untuk tindakan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita selepas penutupan Karnival Komuniti@KKBSe di pekarangan Kolej Komuniti Bagan Serai di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan isu tular di media sosial seorang pelajar asing membuat laporan polis terhadap UM mendakwa bahawa kajiannya diambil tanpa pengetahuan.

Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, pelajar berkenaan antaranya memaklumkan telah menghabiskan hampir dua tahun untuk menyiapkan kajian berkenaan dan kecewa apabila kajiannya diambil pihak universiti.

Pada 29 Ogos lepas, UM dalam kenyataan menafikan dakwaan itu dan berkata menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan ilmiah merupakan hak milik universiti.

UM dilaporkan membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan calon itu dan sedang mengkaji tindakan perundangan bersesuaian.

Kenyataan itu turut menyatakan pihak universiti telah memberi peluang dan sumber bagi membantu calon terbabit menyempurnakan PhD termasuk pelanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

Bagaimanapun calon berkenaan belum menamatkan pengajian mengikut tempoh lanjutan yang diberi malah UM turut mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya Noraini berkata penawaran kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti dapat diterima baik oleh semua golongan masyarakat dan dijadikan sebagai platform serta usaha berterusan untuk memajukan diri dalam menceburi bidang teknikal dan vokasional seterusnya berpeluang mencipta kerjaya pada masa akan datang.

"Penawaran kursus ini di kolej komuniti dan politeknik berperanan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat dalam pelbagai bidang tanpa mengira peringkat umur.

"Tambahan ilmu dan kemahiran ini dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup sekali gus mampu mempersiapkan diri memasuki Revolusi Perindustrian 4.0 yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan